Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bahayalah..” Masukkan Bekas Plastik Dalam Air Fryer Sehingga Cair, Ramai Gerun Lihat Lelaki Ini Selamba Makan

“Bahayalah..” Masukkan Bekas Plastik Dalam Air Fryer Sehingga Cair, Ramai Gerun Lihat Lelaki Ini Selamba Makan

Kategori:
makan dalam bekas plastik cair

Seperti yang kita sedia maklum, tidak semua bekas plastik selamat untuk dimasukkan ke dalam oven dan tidak semua bekas plastik juga selamat digunakan untuk berulang kali. Ada sesetengah bekas yang tidak boleh digunakan berulang kali atau digunakan semula berdasarkan nombor yang ditunjukkan di bawah bekas.

Terdapat banyak kemungkinan yang bakal berlaku, terutamanya kanser apabila bekas plastik tersebut disalahgunakan. Ramai yang tidak ambil berat dan masih tidak tahu keburukan penggunaan bekas plastik yang tidak diluluskan.

Masukkan Bekas Plastik Dalam Air Fryer Sehingga Cair, Ramai Gerun Lihat Lelaki Ini Selamba Makan

Seperti mana yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok yang dikenali dengan nama aiesheilish berkenaan dengan kawannya yang telah memasukkan bekas plastik ataupun tupperware ke dalam Air Fryer.

Melihat sikap kawannya itu, dia berasa geram dan marah. Lebih-lebih lagi apabila kawannya itu dengan selamba makan makanan dari dalam bekas plastik yang cair tersebut. Aiesheilish empat berkata, ” Aku dah kata jangan masukkan cawan plastik atau benda yang plastik dalam Air Fryer tapi..”.

Walaupun sudah diberitahu tidak boleh memasukkan bekas tersebut ke dalam Air Fryer, kawannya itu tetap berdegil. Malah hanya kelihatan tersenyum saat dimarahi dan ditegur oleh Aiesheilish.

Lebih merisaukan  lagi apabila melihat dia selamba menikmati makanan dari bekas plastik yang cair itu, ramai dalam kalangan warga TikTok berasa bimbang dan gerun dek kerana kawan kepada Aiesheilish ini dilihat tanpa rasa takut menikmati makanan yang dicairkan bersama-sama dengan bekas itu.

https://www.tiktok.com/@aiesheilish/video/7141271959903423771?_r=1&_t=8VcL9Onq5iL&is_from_webapp=v1&item_id=7141271959903423771

@aiesheilish ♬ Old Love – yuji & putri dahlia

Dia makan jugak ke..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang berasa gerun, bimbang dan tidak percaya melihat kelakuan kawan kepada Aiesheilish kerana tidak takut akan kesannya.

“Pastu dia tetap makan ke”, tulis pemilik akaun TikTok pacar 6june di ruangan komen.

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh, habislah nak menjawab dengan mak kalau tupperware dia cair. ” Habis lah nak menjawab dengan mak kalau tupperware dia cair”, – Semesta.

Manakala pemilik akaun TikTok myulvr pula meninggalkan komen menyatakan, kalau member tersebut makan juga esok terus sakit perut. ” Kalau member tu makan jugak, esok terus sakit perut nyah”.

Bimbang dan gerun kan apabila melihat lelaki ini menikmati makanan tersebut walaupun bekas plastik berkenaan sudah cair. Ianya satu perkara yang menakutkan, mana tidaknya, pelbagai kesan buruk yang boleh berlaku apabila bekas yang digunakan mencair.

Mungkin bahan atau cecair plastik berkenaan sudah bercampur dalam makanan dan pasti kesannya amat menakutkan. Mungkin tidak nampak pada awalnya, untuk masa akan datang, siapa tahu kan?

Moga kita semua lebih berhati-hati dalam soal penggunaan bekas plastik dalam kehidupan seharian kita bagi mengelakkan sebarang penyakit yang merbahaya.

Sumber: TikTok aiesheilish

Baca juga: Kali Pertama Makan, Lelaki Ini Kena Scam Makan Tapai Bersama Daun Buat Ramai Terhibur

tags: | | |