Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Masyarakat Dimohon Agar Tidak Perlu Membuat Pembelian Panik Barangan Keperluan” – KPDNHEP

“Masyarakat Dimohon Agar Tidak Perlu Membuat Pembelian Panik Barangan Keperluan” – KPDNHEP

Kategori: ,

Sejak akhir-akhir ini, banyak berita yang dimuat naik di media sosial mengenai kejadian pembelian panik yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19 ini.

Penyebaran beberapa buah berita palsu turut giat dilaksanakan oleh induvidu-invidu yang tidak bertanggungjawab yang mencetuskan rasa panik sebilangan masyarakat di Malaysia.

“Tidak perlu ada pembelian panik”

Perkara ini telah mendapat perhatian dan juga maklum balas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna di laman Twitter rasmi mereka, Mykpdnhep.

Menurut status yang telah dimuat naik Mykpdnhep di laman Twitter, mereka mengarahkan rakyat Malaysia agar tidak perlu membuat pembelian panik untuk barangan keperluan asas.

Pesanan KPDNHEP

Mereka juga turut menyarankan agar rakyat Malaysia lebih menjaga kebersihan setiap masa.

Dan elakkan membuat pembelian panik yang berkemungkinan boleh menimbulkan kesan kepada kedudukan harga dan bekalan di pasaran semasa.

Antara respon rakyat Malaysia

“Kami tak yakin dengan pemikiran rakyat…”

“Mask pun sana sini habis..?”

“Pihak berwajib masih lagi berikan nasihat..”

“Masalahnya almost semua benda dah habis..”

Sumber: @mykpdnhep (Twitter), ohmymedia.

tags: |