Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hanya Perlu 6 Bulan Untuk Kuasai Bahasa Malaysia, Mat Salleh Ini Pilih Untuk Tinggal Di Sini Sambil Jual Langos Hingga Laku Keras

Hanya Perlu 6 Bulan Untuk Kuasai Bahasa Malaysia, Mat Salleh Ini Pilih Untuk Tinggal Di Sini Sambil Jual Langos Hingga Laku Keras

Kategori:
Jual Langos

Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan yang terkenal di kalangan warga asing; terumatanya warga Eropah. Kaya dengan budaya, adat, makanan menarik serta orang tempatan yang ramah-mesra, perkara tersebut menjadi tarikan utama negara ini.

Malah, sudah ramai warga asing yang memilih untuk menetap di Malaysia setelah ‘jatuh cinta’ dengan keunikan negara ini. Di Perak pula, kelibat seorang ‘mat salleh’ yang petah bercakap Bahasa Malaysia dengan loghat Bota menarik minat ramai sehingga ada yang ingin tahu kisahnya.

Hanya Perlu 6 Bulan Untuk Kuasai Bahasa Malaysia, Mat Salleh Ini Pilih Untuk Tinggal Di Sini Sambil Jual Langos Hingga Laku Keras

Setiap pasar pagi Selasa, orang ramai akan berkumpul di sebuah gerai bagi membeli Langos, makanan tradisi negara Hungary dari seorang mat salleh yang dikenali sebagai Adam Abdullah.

Adam yang berkahwin dengan wanita tempatan, Elsuraya Mohamad pada tahun 2014 akan melakukan persiapan bahan mentah sehari sebelum hari menjual kerana semuanya dilakukan sendiri; dari Langos ke Kaya, ia dilakukan di rumah kampung mereka. Jual Langos

Setelah diubah suai untuk mengikut citarasa tempatan, Langos yang dijual pasangan ini mendapat sambutan yang hebat di kalangan pelanggan. Walaupun begitu, Adam akui kehadirannya di Pasar Malam dan Pasar Pagi menimbulkan tanda tanya pada permulaannya.

Namun, setelah lama-kelamaan, kehadirannya dihargai dan Adam juga berasa sangat senang berada di sini. Menurutnya ketika di temu bual dalam rancangan Majalah 3; “Di Malaysia, semua mudah. Tak banyak kesusahan macam di Eropah, banyak susah.”

Isteri Ajar Buat Kaya Tempatan

Langos versi tempatan yang diubah mereka diberi elemen tempatan dan mempunyai perisa lain iaitu, coklat, sambal bilis rangup, bawang putih minyak zaitun serta keju krim masam. Tapi yang paling terkenal adalah Langos kaya yang dibuat sendiri oleh mereka.

Memandangkan ia resepi tempatan, Elsuraya akan mengajar Adam cara untuk membuatnya pada mulanya sambil dia melakukan persiapan lain seperti menggulung popia. Jual Langos Jual Langos

Tambahnya, kini Adam lebih mahir membuat kaya tempatan darinya dan proses tersebut memerlukan masa 5 hingga 6 jam untuk disiapkan.

Mahir Guna Bahasa Malaysia, Rasa Lebih Dekat Dengan Orang Tempatan

Kisah Adam juga sangat menarik. Kesungguhannya untuk mendekatkan diri pada budaya dan warga tempatan mendapat pujian kerana dalam masa 6 bulan, dia berjaya menguasai Bahasa Malaysia dengan mahir dan mampu berkomunikasi dengan keluarga dan orang sekeliling.

Melihatnya begitu fasih bercakap dengan loghat Bota membuat orang ramai terkejut. Menurutnya, Bahasa Malaysia sangat mudah untuk dikuasai dan tidak susah. Jual Langos

(Adam dan isteri turut buat katering di majlis)

Ulasnya lagi, ketika di Budapest, Hungary, Adam merupakan seorang anak bandar dan sudah terbiasa dengan kehidupan di kota. Namun setelah berpindah di sini, dia perlu menyesuaikan diri pada kehidupan di kampung.

Walaupun pada mulanya agak tidak selesa dengan nyamuk yang banyak, Adam berjaya menerima kehidupan yang lebih tenang dan sunyi. Malah, bukan sahaja persekitaran tapi gaya kehidupannya turut berubah secara 360 darjah.

Setelah memeluk Islam di Hungary dan menetap di Malaysia, Adam dapat rasakan kehidupannya lebih tenang.

Langos Laku Keras, Pukul 10 Pagi Dah Habis Licin

Selesai sahaja dengan persiapan tepung Langos dan sebagainya, pasangan tersebut akan terus ke pasar pagi sebelum matahari terbit bagi mendirikan khemah dan melakukan persediaan awal.

Jual Langos

(Menu Langos terbaharu)

Kerana terlalu sedap, Langos yang disajikan dalam pelbagai jenis perisa ini berjaya menarik peminat dan mempunyai beberapa pelanggan setia yang akan menghabiskan jualan mereka seawal jam 10 pagi. Jual Langos

(Semakin maju, sudah mempunyai staff)

Bagi anda yang tinggal di Perak atau ingin melancong ke sana, jangan lupa untuk cuba Langos yang dijual pasangan ini. Sememangnya sangat sedap dan tidak akan dilupakan.

Untuk ketahui kisah Adam secara lebih lanjut, tonton video di sini:

Kredit: Majalah 3, Harian Metro, Langos Malaysia

Baca Juga: “Ei, Siap Kau!” – Isteri Geram Suami Hanya Beli 1 Minuman, Jelas Tak Mahu Kongsi

 

tags: | | |