Minuman matcha dan teh hijau makin lama makin mendapat sambutan malah, rata-rata kafe di seluruh dunia wajib menghidangkan minuman itu di premis mereka.
Namun, rata-rata orang masih lagi keliru mengenai matcha dan teh hijau. Meskipun konsep mereka serupa, ada beberapa fakta yang membezakan matcha dengan teh hijau. Nak tahu? Jom baca fakta-fakta menarik yang dikongsikan oleh Magaret Sivapragasam ini dengan lebih lanjut.
Matcha dan teh hijau berasal dari tumbuhan yang sama iaitu Cameillia Sinensis, tetapi merupakan dua jenis minuman yang berlainan. Matcha dan teh hijau sangat berbeza dari segi profil rasa, cara pembikinan dan juga dari segi khasiatnya.
Teh hijau dikatakan mempunyai rasa yang light and fresh atau apabila ianya dicampurkan dengan herba botanik seperti jasmin buah pic atau halia, dan menghasilkan rasa floral, furity atau nutty.
Manakala Matcha pula dikenali dengan rasa yang kaya dan beraroman. Ia sering dihidang bersama susu atau pemanis dijadikan latte yang boleh didapati di kafe.
(Sumber dari everydayhealth.com)
Bila dilihat dari sudut sejarah pula, teh hijau dan matcha mempunyai asal-usul yang sama. Kedua-dua teh ini dikatakan wujud 5000 tahun dulu di China di mana penemuannya dikaitkan dengan Emperor Shen Nung. Selama beratusan tahun, teh hijau digunakan sebagai ubat untuk golongan elit di China.
Sami Buddha Zen bernama Eisai memperkenalkan kaedah penyediaan teh ke Jepun di mana ianya kemudian diterima pakai oleh pahlawan Samurai. Ini membawa kepada perkembangan “Japanese Tea Ceremony”.
(Teh hijau yang direndam air panas untuk diminum)
Setelah teh hijau dituai, ia akan dikeringkan. Proses ini menghalang teh hijau mengoksida dan bertukar perang. Bergantung kepada jenis teh hijau, proses pengeringannya berbeza; ada yang dikukus, disangai atau dijemur di bawah pancaran matahari.
Teh hijau dihasilkan dengan merendamkan daun teh ke dalam air dan ditapis sebelum ianya diminum. Matcha pula terhasil daripada proses penggilingan seluruh daunnya kecuali batang dan urat daun.
(Cara membuat matcha; sumber gambar dari ohhowcivilized.com)
Matcha mempunyai warna hijau yang terang berbanding teh hijau yang kelihatan keperangan dan kusam. Warna yang terang itu datang daripada kandungan klorofil dan polyphenol yang tinggi. Ini kerana matcha berasal dari daun teh hijau yang muda yang ditumbuh di kawasan yang redup.
Matcha juga menggunakan keseluruhan daun teh hijau yang menyumbang kepada kandungan klorofil dan kafein yang lebih tinggi dari teh hijau.
Bagi menghasilkan serbuk matcha yang berkualiti, hanya teh hijau yang berkualiti sahaja yang dipilih dan dituai dengan menggunakan tangan, dimana batang dan dan urat daun akan dikeluarkan sebelum digiling menjadi serbuk.
Lindungan daripada matahari ini akan meningkatkan kandungan klorofil dan menjadikan warna hijau pada daun itu lebih gelap serta meningkatkan penghasilan asid amino.
Rupanya ini faktor-faktor mengapa matcha lebih mahal dari teh hijau, sehingga ada serbuk matcha yang mencecah ribuan ringgit di pasaran!
Sekarang baru tahu perbezaan matcha dengan teh hijau. Rupa-rupanya banyak sangat perbezaan mereka! Nanti tak keliru sudah.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Magaret Sivapragasam
Baca Juga: Bukan Saja Cantik, Tapi Teh Bunga Ada Kebaikannya! Jom Kenal Jenis Teh Bunga Dan Khasiatnya!