Peminat tegar McDonald’s mesti tahu menu ini, mereka sekali lagi mengeluarkan Spicy Korean Burger yang menjadi kegemaran ramai!
Jika anda peminat pedas, pasti akan menggemari Spicy Korean Burger ini. Didatangkan dengan 2 pilihan iaitu daging ayam dan daging lembu.
Burger ini dilapisi dengan daging lembu panggang yang berjus atau patty ayam rangup, bersama sayur yang segar dan juga bawang yang dipanggang bersama sekeping keju dan dilengkapi dengan sos korea yang istimewa! Semua itu diapit dengan roti charcoal yang lazat!
Anda boleh memilih di antara dua daging iaitu ayam atau daging lembu. Bukan itu je, kalau nak rasa kedua-duanya, boleh memilih K-Duo Chicken and Beef!
Tunggu apa lagi? Jom serbu McDonald’s berdekatan anda sekarang jugak! Tak sabar nak cuba menu baru oleh McDonald’s ni.