Masih ingatkah menu McDonald’s yang menjadi kegemaran ramai, iaitu foldover? Jika ia merupakan kegemaran anda, berita gembira ini untuk anda! McDonald’s Malaysia melancarkan menu Ramadan pada hari ini, menampilkan menu seperti Grilled Chicken Foldover, Minuman Kurma Ais dan banyak lagi!
Grilled Chicken Foldover, merupakan menu lama yang pernah ada di menu McD namun ia tidak pernah dilupakan oleh peminatnya. Selain itu McD juga menambahkan menu baru untuk foldover iaitu, Crispy Fish Foldover. Wow, menarik bukan?
Untuk pertama kali, McD mengeluarkan sesuatu yang lain daripada yang lain iaitu minuman yang berasaskan kurma. Seperti yang kita tahu, kurma merupakan buah yang mempunyai banyak khasiatnya. Minuman kurma yang terdapat di menu Ramadan mereka adalah Iced Kurma Latte, Iced Kurma Milk dan Iced Kurma.
Seperti yang kita tahu, sudah pelbagai jenis perisa pai yang dikeluarkan oleh McD. Kali ini, mereka memperkenalkan Pai Pisang Coklat dengan kulit coklat yang rangup! Pisang dan coklat sebagai filling juga pasti tidak mengecewakan. Memang sesuai untuk anda yang suka manis.
Banana Sundae dan Chocolate Banana McFlurry juga menu yang patut dicuba, memang yummy!
Kredit: KLFoodie