McDonald’s Malaysia mengeluarkan satu pengumuman di Facebook rasmi mereka iaitu mereka memaklumkan bahawa McDonald’s akan menutup tempat makan susulan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.
Walaubagaimanapun, Drive-Thru dan kaunter Takeaway akan beroperasi seperti biasa.
McDonald’s Malaysia juga menyarankan kepada pelanggan yang ingin membuat pembelian supaya tidak menggunakan wang tunai bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang ramai daripada penyebaran wabak COVID-19.
Sumber: McDonald’s Malaysia (Facebook)