Berita gembira untuk para peminat MCD yang sudah menanti begitu lama untuk menikmati kembali McFlurry Green Tea. Kini Mc Donalds Malaysia telah mengeluarkan kembali McFlurry yang sememangnya pernah mendapat sambutan hangat pada sebelum ini.
Bagi yang pernah merasai McFlurry Green Tea ini pasti sudah tahu bagaimana rasanya kan? Rasa vanilla yang bersatu dengan rasa Green Tea memang betul-betul memikat hati. Memang so sedap!
McDonalds Malaysia turut keluarkan kembali Burger Go Grand dan Chocolate Pie. Ia adalah antara 2 menu yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Menu-menu ini memang sangat digilai oleh rakyat Malaysia sebelum ini. Tengok lah betapa McDonalds mendengar permintaan anda semua.
Go Grand terdiri daripada 2 jenis burger iaitu Grand McChicken dan Spicy Grand McChicken. Nikmatilah rasa burger ini dimana ia penuh dengan rasa ayam yang disaluti dengan sos smoky chiptole, melted cheese dan sayuran yang segar yang diapitkan di antara roti bijan yang lembut dan gebu. Tampak menyelerakan kan?
Manakala Chocolate Pie ini pula pasti membuatkan penggemar coklat menangis gembira. Rasanya yang dipenuhi dengan coklat cair yang enak dan dibungkus dengan pai coklat yang rangup pasti membawa anda kepada sebelum ini. Memang menggiurkan sungguh!
Jadi tunggu apa lagi guys, jom dapatkan sekarang dan nikmatinya bersama keluarga anda di rumah. Tetaplah berhati-hati ye!