Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Mee Bodo Gerai Pak Hassan di Tengkera, Melaka

Mee Bodo Gerai Pak Hassan di Tengkera, Melaka

Kategori:
Mee bodo Tengkera

Di Melaka, Gerai Mee Goreng Pak Hassan atau lebih dikenali sebagai Mee Bodo adalah antara salah sebuah gerai yang menjadi destinasi pelanggan kerana keunikkan mee goreng tanpa rencah yang disajikan.

Mee Bodo, maksudnya mee ini digoreng kosong tanpa rencah seperti ayam, daging, udang, atau sotong. Gerai Mee Goreng Pak Hassan atau Mee Bodo ini diusahakan sejak 1969 lagi yang menggunakan repepi turun-temurun baba nyonya.

Yang uniknya mee goreng ini cuma dihiasi dengan timun dan sambal sahaja. Di samping itu, pelanggan perlu beratur untuk mengambil telur goreng sambil menunggu mee goreng itu siap dimasak.

Walaupun mee goreng ini sangat simple yang hanya digoreng bersama taugeh sahaja, tetapi rasanya memang terbaik. Istimewanya di sini, menyediakan telur goreng yang digoreng menggunakan minyak daripada sambal.

Cara telur itu digoreng memang lain daripada yang lain dan susah untuk didapati di gerai atau restoran lain.

Sumber: Hypp Inspirasi

tags: | | |