Mee calong yang dihidang bersama bebola membuat orang ramai keliru dan menyangka bahawa ianya tidak jauh berbeza dari bakso. Namun, meskipun terdapat pelbagai versi mee calong, ianya selalu menggunakan bebola ikan.
Menjadi kegemaran orang ramai, ianya jarang didapati di mana-mana restoran. Jika teringin untuk cuba,boleh lah cuba resepi mee calong yang dikongsikan oleh Norhayati Othman. Nak tahu? Jom baca perkongsian olehnya.
Resepi Mee Calong Yang Sedap Dan Memikat Selera
Bahan-Bahan
- 6 ekor ikan selayang
- Bawang merah (ditumbuk)
- Bawang putih (ditumbuk)
- Lada hitam (ditumbuk)
- Beberapa cawan air
- Sayur sawi
- Serbuk perasa
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Mee lidi
Cara Penyediaan
- Bersihkan isi ikan selayang dan ambil isinya sahaja.
- Gunakan lesung batu untuk tumbuk isi ikan sehingga lumat, tambahkan sedikit garam.
- Bentukkan isi ikan yang ditumbuk pada bentuk bulat seperti bebola. Ketepikan dahulu.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga wangi. Masukkan air secukupnya untuk kuah.
- Apabila kuah sudah mula mendidih, masukkan isi ikan tadi dan sayur sawi. Perasakan dengan serbuk perasa, garam dan gula mengikut citarasa masing-masing.
- Rebuskan mee lidi dan toskan. Ketepikan.
- Boleh ambil mee lidi dan sendukkan kuah. Untuk rasa yang lebih enak, boleh tambahkan cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dinikmati.
Memang mudah sahaja untuk menyediakan resepi tradisi ini, kan? Inilah antara resepi mee berkuah yang mudah tapi tetap sedap. Jom kita cuba sediakan untuk seisi keluarga cuba. Memang confirm menjadi kesukaan anak-anak.
Selamat mencuba resepi mee calong ini.
Kredit: Norhayati Othman
Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Memasak Daging Goreng Terengganu Yang Sangat Sedap. Warga Ganu Approve Resepi Ini!