Qasreena Cafe adalah antara salah sebuah kafe yang dikenali ramai di Melaka. Hiasan yang simple, menarik minat pelanggan untuk berkunjung di kafe ini. Kafe yang berkonsepkan English style ini juga kelihatan unik dan berbeza dengan kafe-kafe lain.
Selain itu, Qasreena Cafe juga mempunyai banyak pilihan makanan, termasuk Mee Racun. Mee Racun adalah salah satu hidangan istimewa yang disediakan di sini.
Selain dari Mee Racun, kafe ini juga menyajikan beraneka jenis makanan seperti Mee Mawi Berapi, Mee Kungfu Hustle, Mee Basah di Puncak. Ada juga Nasi Goreng Ayam di Bali, Nasi Goreng Shah Rukh Khan, makanan Western yang enak dan pelbagai lagi.
Sumber: Hypp Inspirasi