Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Mee Sotong Hameed Pata di Medan Selera Fort Cornwallis, Penang

Mee Sotong Hameed Pata di Medan Selera Fort Cornwallis, Penang

Kategori:

Mee Sotong ni adalah di antara makanan special yang hanya terdapat di Penang. Lokasi Mee Sotong Hameed Pata ini terletak di Medan Selera Fort Cornwallis, Padang Kota Lama. Tempat ini merupakan lokasi yang mudah untuk dicari dan menjadi tumpuan orang ramai.

Gerai Mee Sotong ni mula beroperasi pada jam 12 tengahari sehingga jam 8 malam, pada setiap hari kecuali hari Ahad.

Mee Sotong Hameed Pata

Di sini terdapat 2 pilihan yang boleh diorder iaitu Mee Rebus Sotong ataupun Mee Goreng Sotong. Kedua-dua hidangan ini memang terbaik dan rasanya juga memang sangat luar biasa.

Selain itu, rasa Mee Goreng Sotong ini ada sedikit persamaan dengan Mee Rebus Sotong yang berkemungkinan menggunakan kuah dan rencah yang sama. Dengan kesedapan yang tak terhingga ni, maka tidak hairanlah sekiranya ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk membeli Mee Goreng untuk bungkus dan makan pada masa yang sama.

Dengan harga RM5 untuk sepinggan Mee Sotong memang cukup berbaloi. Bagi mereka yang sukakan ‘portion’ yang banyak boleh memesan hidangan ini mengikut harga RM6 atau RM7.

Mee Sotong Hameed Pata

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:

Sumber: Hypp Inspirasi

tags: | |