Mesti ramai yang kurang mengetahui kewujudan mee tuaran kan. Sebenarnya mee tuaran adalah original dari Tuaran, bandar Kota Kinabalu. Ia ialah mee telur buatan sendiri yang rasanya adalah terbaik di antara mee telur sekitar bandar Kota Kinabalu. Anda juga boleh buat sendiri. Jom kita tinjau resepinya.

Bahan-bahan

  • Minyak
  • Mee tuaran
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • Udang / Sotong
  • Kek Ikan (Fish Cake)
  • 2 biji telur
  • Air
  • Secukup Rasa
  • Sos Tiram
  • Garam
  • Minyak Bijan
  • Sos Perasa Maggi (Seasoning)
  • Serbuk Lada Campuran (atau Lada Putih)
  • Sayur

Cara Memasak

  1. Goreng mee tuaran sehingga garing keperangan. Angkat.
  2. Tuang minyak baru. Masukkan bawang merah, bawang putih, udang dan kek ikan.
  3. Kemudian masukkan minyak bijan, sos perasa maggi (Seasoning), serbuk lada campuran (atau lada putih).
  4. Masukkan telur.
  5. Tambah air. Kacau rata.
  6. Masukkan secukup rasa, garam dan sos tiram.
  7. Tuangkan mee tuaran yang telah digoreng. Masak sehingga lembut.
  8. Tuangkan air jika mee masih keras.
  9. Masukkan sayur.

Selamat Mencuba!

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 11 times!)