Walaupun dunia sudah berada di aras pemodenan, masih ada segelintir daripada kita yang kurang bernasib baik dan tidak mempunyai kesenangan seperti kita. Malah, ada yang terpaksa bergelut dan berlapar demi meneruskan kehidupan.
Oleh itu, kita perlu menghargai dan menghormati setiap rezeki yang datang. Makanan juga merupakan satu nikmat yang perlu disyukuri. Namun, masih ramai yang mengambil mudah dan tidak menghormati rezeki yang ada.
Di laman TikTok, seorang pengguna, angah_anuar, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat seorang sahabatnya yang bertindak mengusik salah seorang kawannya yang sedang khusyuk menikmati makanan di hadapan mata.
Seronok makan nasi yang telah dilapik dengan daun pisang secara beramai-ramai, mereka kelihatan gembira. Namun, tanpa disedari, salah seorang dari mereka ingin mengusik dengan bertindak melangkahi makanan itu.
Mungkin menyampah dan hilang selera, lelaki yang diusik itu telah beredar dari situ dan kelihatan kurang berpuas hati dengan usikan itu.
https://www.tiktok.com/@angah_anuar/video/7049201204529859867?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@angah_anuarKna tgk smpai abeh,naya paklong, potong stim teruihh nk mamam😂♬ original sound – angahanuar
Menjengah di ruangan komen, tindakan dalam video itu undang pelbagai kecaman dari warganet. Tidak terhibur, rata-rata memohon pada mereka supaya menghormati makanan itu memandangkan masih ramai yang berlapar.
Malah, ada juga segelintir warganet yang berpendapat bahawa jika mereka di tempat kawan mereka yang diusik, sudah pasti satu pergaduhan akan berlaku.
Amatlah menyedihkan apabila masih ada di antara kita yang tidak tahu menghargai dan mensyukuri setiap rezeki yang ada di hadapan mata. Seharusnya makanan tidak harus diperlekehkan kerana ia merupakan satu nikmat. Cuba bayangkan apa perasaan mereka yang terpaksa berlapar apabila melihat kita bertindak sebegini terhadap makanan? Pasti mereka akan kecewa dan tersinggung.
Kredit: TikTok angah_anuar