Wabak Covid-19 yang telah melanda dunia pada tahun 2019 telah memberi impak besar pada banyak pihak. Malah, ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan setelah majoriti syarikat terpaksa menghentikan operasi.
Namun, kehidupan perlu diteruskan. Jadi, ramai yang cuba mencari rezeki dengan bekerja sebagai seorang food rider, memandangkan permintaan untuk perkhidmatan tersebut makin meningkat. Paling menyayat hati bila kita melihat golongan warga emas dan orang kurang upaya yang terpaksa bekerja sebagai seorang rider semata-mata untuk menyara kehidupan.
Di laman TikTok, seorang pengguna, coach_syiro, memuat naik sebuah video dan berkongsi pertemuaannya dengan seorang food rider yang kurang berupaya baru-baru ini.
Melalui di belakang food rider itu, dia tersedar bahawa rider tersebut sedang membawa bungkusan makanan untuk dihantar pada pelanggan. Ingin tahu, dia terus mengikut rider tersebut dari awal sehingga selesai urusannya.
Terharu dengan kegigihan dan kekuatan rider OKU itu dalam mencari rezeki meskipun mempunyai kekurangan fizikal, lelaki itu turut mendoakan agar rider tersebut sentiasa mendapat rezeki yang seluasnya dan menjadi inspirasi buat orang ramai untuk lebih bersyukur dan bekerja lebih keras.
@coach_syiro Kisah petang tadi. First time terserempak food rider guna tongkat mcm ni😭 #tiktok #fyp #tiktokmalaysia #fypシ゚viral
@coach_syiroKisah petang tadi. First time terserempak food rider guna tongkat mcm ni😭 ##tiktok ##fyp ##tiktokmalaysia ##fypシ゚viral♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Menjengah di ruangan komen, majoriti warganet turut berasa tersentuh melihat kegigihan rider tersebut. Kecacatannya tidak menjadi halangan, mereka turut mendoakan agar dia terus gigih dan dimurahkan rezeki.
Semoga kesungguhan rider itu menjadi pembakar semangat dan inspirasi buat kita semua untuk teruskan kehidupan walau apa jua cabaran yang akan datang. Doakan semoga mereka sepertinya terus kuat dan sentiasa dilindungi.
Kredit: TikTok coach_syiro