Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Rupanya Memang Mudah Tanam Halia, Cambah Benih Tepi Singki, Terus Boleh Pindah Dalam Pasu

Rupanya Memang Mudah Tanam Halia, Cambah Benih Tepi Singki, Terus Boleh Pindah Dalam Pasu

Kategori: ,
tanam halia

Kalau nak masak dekat dapur, antara bahan yang wajib dan harus selalu ada adalah halia kan? Kadang-kadang kita lupa nak beli dekat kedai ataupun tak sempat. Tiiba-tiba je nak masak tu halia habis.

Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin menyelesaikan masalah anda dengan berkongsi cara dan rujukan untuk menanam halia supaya korang boleh petik je nanti halia yang ditanam sendiri.

Bagi yang masih belum tahu, satu fakta tentang pokok halia adalah ia memang senang tumbuh dengan subur di tempat lembab. Letak benih je dah boleh tumbuh dengan jayanya.

Cara penanaman halia ini mudah. Kita boleh tanam dalam pasu atau polibeg sahaja seperti yang dikongsi oleh Nurul Ain Ben ni.

Rupanya Memang Mudah Tanam Halia, Cambah Benih Tepi Singki, Terus Boleh Pindah Dalam Pasu

tanam halia

  1. Nak cari benih halia mudah, beli sahaja halia di kedai. Boleh pilih sudah ada tunas. Kalau tiada, tambahkan sahaja tepi singki atau tempat yang lembap.
  2. Bila dah bercambah atau berputik, boleh alihkan ke pasu atau polibeg,
  3. Timbus benih halia dengan sedikit tanah.
  4. Siram sekali sehari dan boleh dibaja 4 bulan ditanam.

tanam halia tanam halia tanam halia tanam halia

Memang mudah kan cara nak tanam halia ni. Tak perlu beli dekat kedai dah. Boleh lah kita sama-sama jimat duit beli barang dapur. Tanam sikit-sikit pun tak apa. Memang lepas lah nak masak rendag ataupun sup dan lain-lain.

Selain dalam masakan, buat teh halia pun memang sedap untuk keluarkan angin ataupun sesiapa yang punya masalah period pain. Buat teh kosong, rendam hirisan halia dalam teh, lepastu minum, memang berkhasiat selaiin sedap rasanya.

Jadi, tak rugi kan kita tanam halia sendiri!

Semoga bermanfaat untuk semua ya!

Info tambahan: Untuk halia muda boleh tuai selepas 4-5 bulan. Manakala untuk hasil halia tua boleh dituaii apabila 8-10 bulan. Sekali tuai memang banyak, puas hati!

Sumber: Nurul Ain Ben

Baca juga: Resepi Kuih Pukis Makanan Tradisional Indonesia, Hadir Dalam Pelbagai Perisa, Jom Cuba!

tags: | |