Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Memasak Nasi Benda Paling ‘Basic’

Aina Mohamad by Aina Mohamad
April 1, 2019
in Tips Makanan
2 min read
0 0
0
Memasak Nasi Benda Paling ‘Basic’
15
SHARES
318
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Makanan rutin yang paling simple dan basic bagi kita orang Malaysia adalah nasi. Ya, nasi putih dihidang bersama pelbagai jenis lauk merupakan makan utama kita. Ada orang yang hidup dia kalau sehari tak makan nasi, boleh lembik habis satu badan. Ada juga yang bergantung sepenuhnya pada nasi, pada mereka nasi adalah makanan yang wajib diambil dalam sehari jika tidak macam-macam hal boleh berlaku contohnya gastrik.

BacaJuga

taktik masak nasi supaya cepat masak

“Memang Dah Guna Cara Ni Bertahun..” Ini Taktik Masak Nasi Supaya Cepat Masak, 5 Minit Je Dah Siap!

Julai 12, 2023
107
cara masak nasi buang kanji

Makan Nasi Tapi Nak Lebih Sihat? Ini Cara Masak Nasi Buang Kanji, Cara Begini Lebih Menyihatkan!

Jun 14, 2023
351

Kalau bab masak nasi ni ada saja masalah kalau tak kena caranya. Nasi lembik, nasi kering dan jadi keras macam batu, nasi sudah jadi bubur pun ada juga. Jadi, pada kali ini admin nak ajar sikit cara-cara untuk masak nasi putih secara berilmiah dan sopan santun supaya beras menjadi nasi yang di idamkan.

 

Tips Masak Nasi

Yang pertama mestilah kita sukat dulu beras yang hendak kita masukkan dalam periuk. Satu pot ,dua pot atau tiga pot pon boleh ikut berapa ramai yang nak makan. Kalau dalam rumah kami ni, semua jenis melantak makan maka 3 pot cukup sesuai untuk 5-6 orang makan. Anda tahu apa itu pot? Pot itu adalah bekas untuk kita sukat beras.

Apabila sudah masukkan beras dalam periuk maka kena check dalu. Mana tahu kalau ada bendasing yang tak sepatutnya berada dalam beras tersebut. Kalau ada bendasing kena segera buang. Kadang-kadang terdapat bubuk didalam beras. Kadang itu bendasing ada sebab anda simpan di dalam tempat gelap dan tak tertutup pula tu. Jadi pastikan tempat simpan beras anda selamat dan bersih.

Selepas itu basuh beras tersebut, jangan pula basuh guna sabun. Basuh pakai air bersih, bilas 5-6 kali sampai la yakin dah bersih dan air dalam periuk tu tak putih sangat. Jernih sikit-sikit pun sudah memadai. Air basuhan beras tu boleh buat basuh muka sebab boleh membuatkan muka kita kelihatan lebih cerah. Jimatkan, dari anda membeli produk pencuci muka. Sambil basuh beras itu, banyak-banyakan berselewat supaya nasi kita nanti lebih barakah.

Bahagaian yang terakhir ialah sukat air untuk beras. Anda boleh menggunakan hujung jari telunjuk untuk menyukat air. Masukkan air dan dan sukat dari hujung jari ke bahagian pertengahan awal jari telunjuk.

Tetapi jika terlebih sedikit dari itu tak apa, tidaklah lembik nasinya. sedikit sahaja terlebih tidak mengapa, cuma jangan terkurang pula sebab nasi akan menjadi keras bila masaknya atau mungkin nasi menjadi mentah.

Tudungkan periuk dan tekan suis Cook pada periuk nasi elektrik dan biarkan. Kalau anda nak tunggu depan periuk pun boleh sampai masak. Jika anda menggunakan dapur gas pastikan anda mengecilkan api setelah air pada nasi mulai kering. Tudungkan periuk setelah anda kecilkan api pada dapur anda.

Selamat mencuba

 

Download WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
udemy course download free
download lava firmware
Tags: masak nasi
Share15TweetSend

Related Posts

kurangkan rasa manis makanan
Tips

Masak Makanan Terlajak Manis? Ini 5 Petua Yang Boleh Dicuba Untuk Kurangkan Rasa Manis Makanan

September 21, 2023
47
hilangkan hanyir & lendir ikan keli
Tips

Cara Betul Untuk Hilangkan Hanyir & Lendir Ikan Keli, Buat Macam Ni Barulah Tak Meletup Bila Goreng!

September 18, 2023
76
tips buat bawang putih goreng
Resepi

Tips Buat Bawang Putih Goreng Agar Sedap, Rangup & Tak Pahit!

September 18, 2023
260
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist