Memandangkan musim persekolahan sudah dibuka semula, ibu bapa berlumba-lumba untuk menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah untuk menimba ilmu sambil menikmati suasana persekolahan. Ketika di sana, mereka sering dipantau oleh guru-guru.
Namun kerenah murid-murid ini datang dalam pelbagai rupa. Pada waktu tertentu, macam-macam hal boleh berlaku. Kadang-kadang para guru pun boleh pening, ada juga terhibur bila melayan mereka. Tentunya ia bukan perkara mudah untuk memujuk murid-murid yang sedang menangis di sekolah tapi para guru hanya mampu sabar bila menghadapi situasi sebegitu.
Terbaharu, seorang pengguna laman TikTok, jueliana23, telah memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat salah seorang muridnya. Sedang rehat bersama kawan-kawannya, pelajar lelaki tersebut tiba-tiba menangis di tadika apabila melihat makanan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Dihidangkan buah pisang bersama semangkuk oatmeal, adik itu menangis dengan teresak-esak kerana tidak mahu makan makanan itu. Bila ditanya, rupanya adik itu sedih kerana tiada lauk ayam yang disediakan.
Hal itu sudah menjadi perkara yang biasa berlaku jika tiada lauk ayam yang disediakan. Malah bila perkara begitu berlaku, para guru di sana akan berasa pening dengan kerenah adik itu.
@jueliana23 #fypシ゚viral #fypシ゚viral🖤video @shilazlyaenz tngok anak ibu nie
@jueliana23 #fypシ゚viral #fypシ゚viral🖤video #@shilazlyaenz ♬ original sound – jujuliana
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai menasihatkan pada wanita itu untuk memaklumkan perkara itu pada ibunya dan meminta dia menyediakan bekalan lauk ayam pada anaknya memandangkan adik itu tidak akan makan jika tiada lauk tersebut.
Hal sebegini boleh buat mana-mana guru berasa buntu. Tapi ada kalanya terhibur pula dengan kerenah murid sebegini. Namun lama-kelamaan, si guru juga akan berasa penat dan terbeban untuk menyediakan lauk ayam hari-hari gara-gara seorang murid sahaja.
Untuk memudahkan para guru, adalah sebaiknya si ibu bapa menyediakan bekal makanan kesukaan anak-anak untuk mengelakkan hal sebegini. Kesian pula pada guru kerana perlu mengambil sedikit masa untuk memujuk murid itu.
Kredit: TikTok jueliana23
Baca Juga: “Kena Scam Lagi..”, Baru Teruja Dapat Door Gift KFC, Akhirnya Lelaki Ini Pula Kecewa