Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Mengaku Hanya Salah Faham Berkenaan Trademark Daging Harimau Menangis, Ibu Neelofa Mohon Maaf

Mengaku Hanya Salah Faham Berkenaan Trademark Daging Harimau Menangis, Ibu Neelofa Mohon Maaf

Kategori:
Ibu neelofa tampil jelaskan perkara sebenar

Susulan isu berkenaan dengan ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang mendaftar nama produk makanannya Harimau Menangis di perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menimbulkan rasa kurang senang para netizen di Twitter pada hari selasa yang lepas.

Tampil menjelaskan situasi sebenar….

Setelah mendapat beribu kecamam daripada netizen beliau tampil menjelaskan situasi sebenar dan memaklumkan permohonan itu bukanlah merujuk kepada nama daging ‘Harimau Menangis’ tetapi permohonan tersebut adalah untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produk.

Hal tersebut adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak beliau dan penggunan di luar sana.

Situasi itu dijelaskan oleh Noor Kartini pada hari Rabu selepas foto yang memaparkan permohonan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) yang telah diisi oleh beliau berkenaan dengan  penggunaan nama ‘Harimau Menangis’. Malah video instastory berkenaan dengan pengakuan beliau bahawa nama ‘Harimau Menangis’ sudah didaftarkan juga hangat diperkatakan dan dikecam netizen pada Selasa lepas.

Berkenaan dengan isu terbabit, syarikat Noor Kartini berkata mereka tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin menjalankan perniagaan daging yang sama selagi ia tidak menyerupai bungkusan produk yang pihak mereka pasarkan. Pihak mereka juga memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular baru-baru ini.

tags: |