Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Masing-Masing Mengelak Membaca Doa Sebelum Makan, Gelagat Kawan-Kawan Ini Akhirnya Memaksa Pelayan..

Masing-Masing Mengelak Membaca Doa Sebelum Makan, Gelagat Kawan-Kawan Ini Akhirnya Memaksa Pelayan..

Kategori:
DOA SEBELUM MAKAN

Bagi mereka yang beragama Islam, amalan membaca doa sebelum makan sudah diterapkan sejak dahulu lagi. Bila diingatkan kembali, para ibu bapa paling pantang apabila anak-anak tergesa-gesa untuk makan sebelum membaca doa.

Elok untuk diamalkan supaya mengajar kita erti mensyukuri rezeki di hadapan mata, doa itu juga lebih elok jika dibaca beramai-ramai, terutamanya bila makan bersama rakan-rakan dan keluarga.

Kawan-Kawan Elak Baca Doa Sebelum Makan

Di laman TikTok, seorang pengguna, imshraf3232, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagatnya bersama rakan-rakan di sebuah kedai makan.

Seronok melepak bersama, mereka memesan makanan untuk dinikmati bersama. Namun, sebelum makan, seharusnya seseorang membaca doa. Mungkin tak ingin diusik ketika khusyuk membaca doa, masing-masing mengelakkan diri dari membaca doa sebelum makan.

Masing-masing mengelak, akhirnya seorang pelayan di kedai makan itu datang untuk membacakan doa pada mereka. Masing-masing tersenyum seperti ingin menahan gelak, jelas pelayan itu merupakan seorang yang sporting.

@awfcod

staff kat miker semua steadyy sportingg🤌🏻🤌🏻🤌🏻

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

@imshraf3232staff kat miker semua steadyy sportingg🤌🏻🤌🏻🤌🏻♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Nasib Ada Pelayan Itu

Terhibur, nasib baik pelayan itu berada di sanabagi menyelesaikan hal itu. Menurut warganet, jika tiada dirinya di sana, sampai ke esok mereka tidak akan makan memandangkan masing-masing mengelakkan diri untuk membaca doa. DOA SEBELUM MAKAN

Ada Juga Yang Jatuh Hati Dengan Pelayan Itu

Terpikat dengan sifat pelayan itu, ada juga yang terjatuh hati dengannya dan ingin mengenali. DOA SEBELUM MAKAN

Pelayan itu merupakan seorang penyelamat. Jika tiada dirinya di sana, maka sampai bila-bila mereka tidak akan dapat menikmati hidangan itu. Jangan berebut-berebut mengelakkan diri untuk membaca doa, nanti orang lain pula yang bacakan untuk kita. Malu pula nanti.

Kredit: TikTok imshraf3232

Baca Juga: “Yang Setable Pun Terkejut..!” Terima Tetamu Istimewa Di McD, Staff Tiba-Tiba Sahaja..

tags: