Perpaduan di antara berbilang kaum ini sangat diperlukan untuk rakyat Malaysia kerana itulah keamanan negara. Jika tiada perpaduan di antara sesama kita, mungkin negara Malaysia ini susah untuk hidup aman damai antara satu sama lain.
Seperti di dalam video ini, seorang lelaki melayu mengusik Aunty ini dengan membaca larangan supaya jangan memicit tempei yang dijual. Tapi, beliau terus memicit!
Abam Dut Dut Dut ini kongsikan video seorang lelaki melayu ini mengusik Aunty ini di sebuah kedai runcit beliau.
“Tolong jangan picit tempei. Kalau nak beli, angkat terus! Terima kasih”, ujar larangan Aunty tersebut di atas kertas berhampiran tempei.
Boleh pula selepas beliau membaca tanda larangan itu, beliau terus memicit tempei tersebut.
Lagi ditegur, lagi dibuat oleh beliau. Buat netizen tercuit hati tambah-tambah pula melihat reaksi Aunty terbabit.
@user55874817196758 auntie tu geram jerπππ
@user55874817196758auntie tu geram jerπππ
Meninjau di ruangan komen, netizen risau akan keadaan lelaki tersebut selepas mengusik Aunty tersebut. Mungkin ini adalah video terakhir beliau.
Semoga abang ini baik baik sahaja dan tidak kena ‘flying kick’ Aunty ni. Gurauan sahaja dan usik mengusik antara satu sama lain.
Kredit: Abam Dut Dut Dut
Baca Juga: Usik & Gurauan Abang Kepada Adik Perempuan, Serba Salah Nak Makan Ubat Demam Tapi Nak Pergi Wayang