Hari kemerdekaan yang akan datang tidak lama lagi pasti sangat berbeza dengan sebelum ini. Dengan keadaan dunia yang masih berjuang melawan wabak COVID-19 ini menyebabkan tiada lagi perbarisan dan perhimpunan besar seperti tahun-tahun yang lepas. Bagi mengembirakan suasana yang suram dan menyedihkan ini, KFC Malaysia akan melancarkan menu baharu!
Mulai esok, 26 Ogos 2021, KFC bakal mengeluarkan menu baharu iaitu Ayam Extra Hot & Spicy baharu untuk waktu terhad. Ayam Hot & Spicy merupakan ikonik kepada tahap kepedasan yang lebih tinggi buat rakyat Malaysia yang gemar dengan makanan pedas.
Menu kali ini akan menjanjikan lebih kepedasan dan kerangupan dan ia adalah resepi rahsia formulasi baharu. Ketulan ayam segar diperap dalam resepi perapan berempah baharu, kemudian disaluti dengan campuran tepung berempah baharu – memberikannya lebih kerangupan di luar dan ‘juicy’ di dalam.
Ada yang lebih menarik lagi, untuk pertama kalinya KFC keluarkan Kentang Goncang yang sangat sesuai dipadankan dengan Extra Hot & Spicy. Ianya datang bersama-sama paket perasa Hot & Spicy untuk ditabur kemudian digoncang bersama kentang. Mesti sedap kan?
Korang boleh dapatkan menu baharu ini mulai esok di restoran KFC seluruh Malaysia. Korang boleh pilih mana-mana hidangan yang korang suka. Sama ada 2 ketul, 3 ketul atau pun Box Meal.
Kalau rasa tak cukup, boleh beli yang Kombo Bucket 6 ketul, 9 ketul atau 12 ketul. Boleh makan ramai-ramai. Sama ada dengan kawan atau keluarga. Nak beli Kentang Goncang ala carte pun boleh.
Boleh dapatkannya dengan mudah dan selamat di www.KFC.com.my atau aplikasi KFC Malaysia. Nak Self Collect atau pandu lalu pun boleh.
Tak sabar kan nak tunggu esok, nak rasa kehebatan ayam Extra Hot & Spicy ni. Jangan lupa ya kongsi dekat kawan-kawan korang!