Jangan tak tahu, baru-baru ni, jenama minuman boba terkenal, Tealive lancarkan stor dengan konsep yang lebih segar dan premium iaitu Tealive Plus atau Tealive+.
Sesuai dengan lokasi ekslusifnya di Pavillion, Kuala Lumpur, cawangan Tealive baharu berkonsepkan stor premium ini menjanjikan pengalaman berbeza buat pelanggan dengan tawaran menu makanan dan minuman yang ekslusif. Menu yang ada di sini tak ada dekat cawangan lain tau!
Nak tahu minuman apa yang ekslusif dekat Tealive Plus? Jom kita tengok rangkaian minuman yang unik dari seleksi minuman Tealive+ Signature dan Aren Palm Sugar!
Rugi kalau tak padankan minuman ekslusif di Tealive Plus dengan aneka makanan yang disediakan segar setiap hari.
Nampak simple, tapi guna bahan-bahan premium tau! Dekat Pavillion KL je ada, jadi memang rugi kalau tak cuba menu menarik yang ada di sini.
Antara menu best yang anda wajib cuba di sini adalah :
Sumpah menarik minuman dan makanan yang ditawarkan di Tealive Plus ni. Suasana kafe Tealive Plus yang berkonsep premium ni juga cukup aestetik, sesuai untuk yang suka bergambar dengan latarbelakang lampu neon.
Tak lama lagi, akan ada lagi cawangan Tealive Plus lain di sekitar Kuala Lumpur.
Khabarnya, Tealive sedang dalam perancang untuk buka 10 lagi stop berkonsep baharu ni di pusat bandar Kuala Lumpur antaranya di Bangsar dan Mont Kiara.
Jadi, peminat tegar Tealive tak perlulah risau kalau tak boleh ke Pavillion KL untuk dapatkan minuman dan menu ekslusif ni.
Sama-sama kita nantikan!
Siapa yang tak berkesempatan untuk ke dapatkannya di kedai, anda juga boleh buat pesanan melalui Foodpanda. Jom rasai kenikmatan minuman citarasa baharu dan unik serta makanan yang serba menarik dari Tealive Plus!