Bukan saja terkenal sebagai pusat jualan perabot dan hiasan rumah yang popular, malah ramai yang berkunjung ke IKEA untuk nikmati pelbagai menu menarik dan sangat menyelerakan.
Yang paling best, IKEA turut menawarkan menu bulanan atau edisi terhad untuk pelanggan nikmati bersama rakan dan keluarga.
Pendek kata, anda memang takkan jemu nikmati makanan di IKEA sebab macam-macam hidangan yang ditawarkan.
Sempena musim durian ni, IKEA juga nak mengajak anda cuba pelbagai menu berasaskan durian yang dijamin sedap dan berkrim!
Istimewa pada bulan ini, IKEA nak meraikan raja buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Rasanya yang lemak, manis dan berkrim kini diolah kepada pelbagai pencuci mulut serta aneka hidangan yang serba enak.
Jom kita tengok menu berasaskan durian yang cukup hangat dari IKEA! Semuanya sangat menarik untuk dicuba!
Dah alang-alang anda nak menjamu selera di IKEA, jangan lupa untuk cuba sekali menu terbaru yang cukup menyelerakan. Jadilah yang pertama untuk nikmati hidangan terkini dari IKEA yang teramatlah sedap iaitu :
Kepak Ayam dengan Sos Honey Mustard (RM 18.90)
Chicken Chop dengan Sos Lada Hitam, Kentang Goreng & Sayur Campuran (RM 12.90)
Jom dapatkan menu berasaskan durian dan pelbagai hidangan terbaru dari IKEA di semua cawangan kafe, bistro serta restorannya.
Nak makan atau bungkus pun boleh! Jangan berlengah lagi sebab tawaran menu istimewa ini hanya ada sepanjang bulan Julai sahaja.
Selain menu terbaru pada waktu terhad ni, menu ikonik lain turut menanti anda seperti meatballs, chicken wings dan mushroom soup yang sedap tak terkata.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak keluarga dan rakan anda ke IKEA hari ni untuk nikmati pelbagai juadah menarik! Confirm sedap sampai teringat!