Orang ramai selalu salah tafsir bahawa seseorang yang tengah diet tak boleh makan nasi. Sebenarnya, nasi memang boleh dimakan bagi orang yang berada dalam fasa diet. Tetapi, haruslah mengambilnya dalam sukatan atau portion yang sesuai.
Kadang-kadang, bingung kan nak makan nasi apa ketika diet ni. Jom ikut perkongsian daripada Nurul Adila ni. Katanya, nasi goreng tuna ni adalah hidangan dietnya yang paling cepat, senang dan yang penting sedap tak boleh bawa bincang.
“Dihari kemalasan saya biasanya akan masak menu diet yang paling cepat dan simple. Nasi Goreng Tuna ni salah satu kegemaran saya. Memang sedap tak boleh bawak bincang. Dan kenyang sampai ke petang sebab saya guna karbo kompleks dari nasi perang,” katanya.
Wanita Ini Kongsi Menu Diet Paling Cepat & Ringkas, Nasi Goreng Tuna Sedap Tak Boleh Bawa Bincang
Resepi nasi goreng tuna sedap sangat mudah untuk portion seorang makan.
Bahan-Bahan:
- seulas bawang putih
- seulas bawang merah
- 3 biji cili padi
- sedikit black paper (optional)
- sepenumbuk nasi perang
- sedikit kacang buncis dan carrot dipotong dadu
- 1 tin tuna in water
- white pepper secukup rasa
- garam bukit secukup rasa
- sebiji limau nipis
Cara Penyediaan:
- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili padi yang ditumbuk dengan 1 sudu besar minyak masak. Black pepper tuu boleh skip bagi yang tak mahu.
- Ni Tuna Chunk In Spring Water. Pilih jenis air ya. Yang lain-lain kurang sesuai untuk diet.
- Masukkan tuna 1 tin yang telah ditoskan airnya.
- Lenyekkan begini.
- Masukkan garam bukit secukup rasa.
- Masukkkan carrot dipotong dadu. Kacang buncis bolleh masukkan last sekali untuk elakkan overcooked. Saya dah tercampur. Campak je la sekali.
- Piliihllah sayur ni terpulang masing-masing. Saya guna apa yang ada je.
- Tumis hingga air tuna kering ya.
- Perahkan limau nipis untuk buang hanyir tuna.
- Gaul rata hingga kering dan masukkan nasi perang.
- Masukkan white pepper dan perahkan liimau nipis lagi dan boleh juga tambah garam bukit secukup rasa.
- Siap! Selamat mencuba.
Siap sudah nasi goreng tuna sedap untuk orang diet. Untuk orang bukan diet pun boleh try.
Sumber: Nurul Adila
Baca juga: Gardenia NuMee Keluarkan Produk Makanan Mi Segera Pula, Ramai Cakap Sedap & Murah!