Antara perkara yang perlu dititik berat semasa pantang adalah bertungku, memakai bengkung dan banyak pantang larang yang perlu diikut. Dan perkara yang paling penting semasa pantang adalah soal pemakanan. Bukan semua makanan boleh dimakan semasa pantang.
“Untung Isteri Dia!” Menu Masakan Pantang Lelaki Ini Dipuji Netizen
Lagi beruntung buat wanita yang berpantang jika mempunyai suami yang boleh menyediakan makanan sepanjang tempoh pantang. Seperti perkongsian oleh seorang suami ini, Nizam Isqandar berkongsikan menu pantang buat isterinya yang tercinta. Cara hidangan yang cantik dan tampak menyelerakan turut meraih perhatian netizen.
Menurut Nizam Isqandar lagi, resepi yang digunakan untuk memasak makanan pantang banyak dirujuk daripada pembacaan di google dan perkongsian oleh rakan-rakannya.
Lihat lagi menu pantang yang disediakannya untuk isteri beliau di bawah. Memang nampak sedap dan menyelerakan. Cara hidangan juga cantik mata memandang.
Sumber: Nizam Isqandar