Carl’s Jr memang cukup terkenal dengan keenakan burgernya yang digril sempurna dan sangat berjus. Selain itu, milkshake yang menjadi minuman signature di sini teramatlah sedap dan buatkan ramai teringat-ingat!
Khas untuk peminat tegar burger dari Carl’s Jr, jadilah yang pertama untuk nikmati Angus Burger Series yang cukup istimewa. Dihasilkan daripada 100% daging Angus dari Australia yang digril sempurna, keenakan burger ini memang sukar untuk ditandingi!
Burger ni bukanlah biasa-biasa, malah ia cukup tebal dan berjus. Bayangkanlah gabungan rasa daging Angus dengan hirisan keju Emborg yang diimport lalu diletakkan di antara dua keping roti yang garing!
Confirm sedap dan mengenyangkan sampai tak tengok kiri kanan!
Terdapat 4 Angus Burger yang anda boleh cuba seperti berikut :
Original Angus
Burger Angus yang digril sempurna dan digabungkan dengan jeruk dill, tomato, bawang dan salad.
Western Angus
Burger Angus yang digril dan dihidangkan bersama Crispy Chicken Strips, Crunchy Onion Rings dan sos BBQ.
Jalapeño Angus
Burger Angus yang digril dan dihidangkan bersama lada Jalapeños yang pedas memikat dan sos Santa Fre yang lazat
Portobello Mushroom Angus
Burger Angus yang digril sempurna dan dihidangkan bersama hirisan cendawan Portobello.
Semuanya nampak sedap dan cukup menyelerakan. Pastinya bertambah enak bila dinikmati bersama secawan milkshake yang berkrim dan menyegarkan! Terdapat 4 pilihan milkshake yang anda boleh cuba iaitu :
Menariknya menu terbaru dari Carl’s Jr ni. Tentunya lazat dan boleh buatkan sesiapa jatuh cinta! Rasanya pasti lebih enak bila dinikmati bersama milkshake yang berkrim. Jadi, tunggu apa lagi? Jom pesan Angus Burger Series dari Carl’s Jr hari ni!
Lokasi Carl’s Jr :
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam
Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Carl’s Jr Malaysia untuk ketahui tawaran serta promosi terkini!