Sejak mula diperkenalkan di Malaysia, KyoChon kekal menjadi fenomena di kalangan penggemar ayam goreng Korea yang lazat dan padat dengan rasa.
Tak hanya ayam goreng sedap, malah KyoChon juga membawakan aneka menu dengan citarasa autentik Korea Selatan seperti bibimbap, japchae dan ttekbokki.
Khas untuk penggemar makanan Korea, KyoChon kini kembali dengan menu terbaru yang cukup menarik!
Bukan itu saja, pelanggan juga berpeluang untuk dapatkan baucer percuma bernilai RM 10.
Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok menu terbaru dari KyoChon khas untuk anda!
Menawarkan pilihan yang lebih sihat, KyoChon nak ajak anda untuk cuba aneka menu bebas daging dengan keenakan yang tiada tandingan.
Jadilah yang pertama untuk nikmati Future Spicy Nuggets yang pedas memikat. Dapatkannya secara ala carte dengan hanya RM 12.90 sahaja.
Untuk nikmatinya dengan minuman dan potato wedges, upgradelah ke Combo dengan harga hanya RM 18.90. Siap dapat 2 ketul nugget ekstra tau! Dapatkannya sementara stok masih ada!
Selain nugget, ada pelbagai menu berasaskan tumbuhan (plant-based) yang anda boleh cuba sebagai hidangan alternatif yang lebih sihat.
Jom cuba menu plant-based lain seperti :
Tersedia dalam pilihan perisa Soy atay Spicy, anda pasti terkejut dengan rasa isi wrap yang tak ubah seperti ayam!
Dipadankan pula dengan aneka salad yang segar, wrap ini pastinya sesuai untuk anda yang nak nikmati sesuatu yang sedap dan sihat!
Keenakan bibimbap di KyoChon tak perlu dipertikaikan lagi. Rasai kelazatan Meat Free Schnitzel yang digabungkan bersama Bibimbap sebagai pengganti ayam. Sedap tak terkata!
Bila anda tengok sendiri burger ini, anda pasti tak sangka yang pattynya diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan!
Tersedia dalam pilihan perisa Original dan Extra Spicy, Future Chicken Burger pasti menjamin pengalaman yang unik bagi yang pertama kali mencuba!
Diperbuat daripada 100% ramuan plant-based, Future Chicken Tenders ini cukup ideal untuk dinikmati sebagai snek. Rangup di luar dan kenyal di dalam, rasanya memang sangat mirip dengan isi ayam yang segar!
Khas untuk pelanggan setia KyoChon, dapatkan baucer RM 10 secara percuma dengan perbelanjaan minimum secara dine-in sebanyak RM 60 dalam satu resit!
*Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Menariknya menu terbaru dari KyoChon ni! Sekali imbas, memang tak ubah macam hidangan berasaskan daging atau ayam. Bagi yang bercadang untuk nikmati KyoChon jangan lupa untuk cuba menu terbaru yang serba unik.
Dapatkan juga baucer percuma dengan pembelian miniman RM 60 ke atas. Jangan terlepas promosi terbaru daripada KyoChon, jom ikuti laman Facebook KyoChon Malaysia! Jom ke KyoChon hari ini!