Bagaimanakah cara bagi merendahkan keradangan serta melawan penyakit Kanser?
Kuncinya ialah dengan mengamalkan makanan yang melawan kanser yang kaya dengan antioksidan dan khasiat anti-keradangan (pitonutrien).
Jenis Makanan yang Melawan Kanser:
Sayur-sayuran Berdaun Hijau
- Sayur-sayuran hijau kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan serta enzim. Ia juga kaya dengan kalori, lemak, sodium dan toksin-toksin yang lain. Ia terdiri daripada bayam, kale, salad arugula dan lain-lain. Antara khasiat lain seperti glukosinalat, antibakteria dan memiliki ciri-ciri antivirus, menyahaktifkan karsinogen, membantu memprogramkan semula sel kanser bagi mematikannya serta mencegah pembentukan tumor dan metastasis.
Ikan Liar
- Ikan liar terutamanya yang bersaiz kecil seperti salmon, makerel dan sardin merupakan makanan yang kaya dengan omega-3 yang memberikan khasiat kepada otak, hormon dan sistem saraf.
Buah-buah dan sayuran berwarna jingga terang
- Pigmen berwarna terang yang terdapat pada makanan daripada tumbuhan menunjukkan bahawa ia kaya dengan pitokimia terutamanya antioksidan karotenoid.
- Inilah antara sebab mengapa anda perlu makan makanan yang pelbagai warna.
Daging Organik
- Daging organik termasuklah daging lembu atau ayam yang disarankan dalam diet untuk melawan kanser disebabkan oleh ia kaya dengan nutrien terutamanya vitamin B12.
- Makanan pesakit kanser ini, apabila pengambilan daging organik akan memberikan protein yang dapat membersihkan hati dan meningkatkan keupayaan bagi membuang toksin daripada darah dan saluran pencernaan.
Produk Tenusu
- Salah satu cara yang mudah untuk mendapatkan lebih banyak probiotik secara semula jadi ialah dengan pengambilan produk-produk susu asli seperti dalam bentuk keju, kefir dan yougurt.
- Mentah dan dikultur adalah kuncinya di sini.
Kekacang dan bebijan
- Biji chia dan selasih merupakan dua makanan bijian yang kaya dengan nutrien.
- Ia membekalkan serat, omega-3 dan mineral-mineral yang penting. Biji hemp, bijan, labu dan bunga matahari juga berkhasiat dan kaya dengan asid lemak sebagaimana kacang walnut, kacang brazil dan almond.
Amalkan selalu gaya pemakanan sihat dan seimbang. Anda pasti boleh!