Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hidangan Mi Sup Ikan Patin Yang Mencecah RM60 Semangkuk Menjadi Punca Restoran Ini Disaman RM300

Hidangan Mi Sup Ikan Patin Yang Mencecah RM60 Semangkuk Menjadi Punca Restoran Ini Disaman RM300

Kategori:
mi sup ikan patin

Peningkatan harga barangan dan bahan-bahan di pasaran telah membebankan ramai pihak. Antara yang terkesan adalah golongan pengusaha kedai makan yang perlu mengambil kira pelbagai kos bagi memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar.

Tertekan, mereka juga terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual walaupun hal itu tidak menggembirakan pelanggan. Namun ada juga segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan hal itu dan meletakkan harga terlampau mahal. Jika aduan dikemukan oleh pelanggan, para peniaga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Mi Sup Ikan Patin Menjadi Punca Restoran Ini Disaman

Tular di media sosial, sebuah restoran telah dikenakan saman sebanyak RM300 ringgit setelah seorang pelanggan telah melakukan aduan terhadapnya. Berkongsi di media sosial pada mulanya, wanita itu terkejut apabila hidangan Mi Sup Ikan Patin yang dipesan olehnya mencecah RM60 ringgit semangkuk.

mi sup ikan patin

(Sumber: Kelly Siew)

Menurut wanita itu, dia terkejut dengan harga yang perlu dibayar lalu bertanya pada pemilik restoran itu mengenai harga makanannya. Namun, peniaga itu menjelaskan hal itu wajar memandangkan seekor ikan patin miliknya berharga RM190 ringgit sekilogram. Walaupun tidak berpuas hati dengan hal tersebut, wanita itu sedar mungkin ada salah dari dirinya kerana tidak bertanya mengenai harga makanan sebelum memesan.

mi sup ikan patin

(Sumber: Borneo Post)

Namun setelah hal itu tular, pihak berkuasa telah mengambil tindakan sewajarnya dan menyerbu restoran itu. Setelah disiasat dan pemilik mengaku bersalah kerana menjual mi sup itu dengan harga yang terlalu mahal, dia juga tidak meletakkan tag harga pada hidangan itu dan menu yang ditawarkan di restoran itu. Hal itu merupakan satu kesalahan undang-undang.

KPDNHEP Memandang Serius Akan Hal Tersebut

Satu siasatan juga telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP)  di mana mereka berjaya mengesan seorang peniaga kedai runcit yang telah cuba mengambil kesempatan terhadap orang ramai.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1248620609224900610?s=20&t=F-OpASMWexmRFEMifChjuQ

Walaupun ekonomi kini agak membebankan buat banyak pihak, ia tidak seharusnya dijadikan peluang untuk mengambil kesempatan terhadap golongan peniaga untuk menipu pelanggan. Jika ingin meniaga, buatlah secara jujur dan bertanggungjawab.

Kredit: Kelly Siew, Borneo Post, MyWatch

Baca Juga: “Import Lauk Dari Rusia Kot..”, Ambil Lauk Tak Tengok Harga, Wanita Ini Terkejut Bila Tengok Jumlah Yang Perlu Dibayar

tags: | |