Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dah Besar Pun Masih Minta Ayah Suap, Gelagat Lelaki Ini Buat Kakaknya Pening Kepala

Dah Besar Pun Masih Minta Ayah Suap, Gelagat Lelaki Ini Buat Kakaknya Pening Kepala

Kategori:
Minta Ayah Suap

Ketika di usia yang kecil, anak-anak suka bermanja dengan penjaga mereka tapi bila sudah dewasa, ramai yang segan untuk berbuat begitu kerana sudah matang.

Namun, masih ramai di antara kita yang selesa dan rapat dengan penjaga masing-masing dan tak malu untuk bermanja. Tak kira masa atau tempat, tentu ada sahaja kerenahnya.

Dah Besar Pun Masih Minta Ayah Suap, Gelagat Lelaki Ini Buat Kakaknya Pening Kepala

Terbaharu, seorang wanita azliedayahya telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat adik lelakinya dengan ayah mereka.

Mengunjungi sebuah restoran untuk makan bersama sambil meluangkan masa, keluarga itu telah memesan beberapa hidangan untuk dinikmati bersama. Minta Ayah Suap

Sedang menikmati makanan, wanita itu bagaimanapun ‘menyampah’ apabila menyaksikan gelagat manja adik lelakinya. Walaupun sudah dewasa, tapi dia tetap kelihatan manja dengan ayah mereka, siap minta disuap ketika makan! Minta Ayah Suap Minta Ayah Suap

Melayan sahaja kerenah anak lelakinya, si ayah pun sedia menyuapkan sedikit chicken chop. Menurut wanita itu, perkara ini sudah menjadi satu kebiasaan dalam keluarga mereka memandangkan adiknya sudah terbiasa dimanja ayah mereka. Dari kecil sampai lah ke usia sekarang, tetap disuap tiap kali makan.

@azliedayahya Anak no 2 hadir🫶🏻 #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #masukberanda ♬ bunyi asal – Nyap tahuk

Untungnya, dah besar pun masih dimanjakan oleh ayah. Tentu kakak dan abangnya cemburu bila mendapat layanan istimewa seperti ini.

Nak buat macam mana, setengah orang akan tetap manja dengan penjaga mereka walaupun sudah dewasa. Perkara itu sudah menjadi satu kebiasaan, jadi tak perlu malu. Para penjaga pun tentu suka bila perlu melayan kerenah mereka, rasa semakin bertambah sayang!

Kredit: azliedayahya

Baca Juga: Pasangan Pengantin Baru Teruja Buka Hadiah Kahwin Dari Anak Tauke Bihun, Tak Sangka Ini Yang Dia Beri

tags: | | | |