Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Bau Sedap Sangat..”, Wanita Ini Segan Nak Minta Kari Jiran India Masak, Tak Sangka Komen Dibanjiri Macam Ni..

“Bau Sedap Sangat..”, Wanita Ini Segan Nak Minta Kari Jiran India Masak, Tak Sangka Komen Dibanjiri Macam Ni..

Kategori:
kari jiran India masak

Di Malaysia, makanan menjadi penyatu hati rakyat Malaysia. Sebut sahaja roti canai, walaupun roti canai adalah makanan asal kaum India, memang boleh dikatakan semua kaum menerima makanan ini sebagai makanan kegemaran dan pilihan tatkala ke kedai makan atau kedai Mamak.

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum sebenarnya mempunyai kesepakatan hati yang utuh. Kebencian yang diuarkan di media sosial hanyalah satu propaganda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Bau Sedap Sangat..”, Wanita Ini Segan Nak Minta Kari Jiran India Masak, Tak Sangka Komen Dibanjiri Macam Ni..

Melihat kepada kisah yang dikongsi oleh seorang wanita di laman TikTok, terbuktilah kita boleh bersatu melalui makanan tanpa menanamkan kebencian kepada bangsa lain.

Video berkenaan bercerita tentang keterujaannya apabila terbau masakan kari daripada rumah jiran Indianya. Memang sudah terbukti kari yang dimasak orang India mempunnyai rasa sedap yang tersendiri sehingga menjilat jari.

kari jiran India masak

Menerusi video berkenaan, dia berkata bahawa dia berasa segan dan malu untuk meminta sedikit kari daripada jiran. Rentetan luahannya di laman TikTok, ruangan komennya dibanjiri dengan pelbagai komen yang sangat menyentuh hati.

kari jiran India masak

@olala_shafizola

Replying to @m_azmi_r Begitulah citenya 🤣🙌

♬ Pink Panther Intro – Henry Mancini

@olala_shafizolaMesti SEDAPKAN😭♬ bunyi asal – Viral Shop🔥 – Ahmad Mujahidin

Ramai netizen termasuk netizen daripada kaum India sendiri memberi komen menyatakan mereka sangat berbesar hati jika orang lain ingin merasa kari yang mereka masak.

“Jangan lah segan sis. Ibu saya masak selalu share bagi dekat jiran Melayu dan Chinese. Pasal tu bila ada apa pun saya tak takut tinggal ibu dan bapa saya dekat rumah sebab jiran baik,” kongsi seorang netizen bernama Rema Parvini berkenaan kisah kari jiran India masak tersebut.

Selain itu, apa yang lebih menyentuh hati, ada yang sampai mengajak wanita itu berkunjung ke rumah untuk mencuba karinya.

“Besok mari saya suruh mak saya buat kari,” kata Surender_8

“Duduk masa sis, kalau dekat I kirim sikit,” komen Momma Amour.

“Jom rumah I, boleh masak dengan wife I. Dia pandai buat kari,” tulis Danial Puspa.

https://twitter.com/penatbttrcp/status/1557143557152346112?s=20&t=QtlNnbZeOci8vk1sBsPB5w

Makanan Menyatukan Kita Walau Berlainan Bangsa

kari jiran India masak

Daripada kisah nak minta kari jiran India masak ni, sememangnya banyak hal yang manis boleh kita contohi. Kita sebenarnya boleh bersatu hati, walhal dari sekecil hal sekalipun. Misalnya hal makanan.

Kekalkanlah sifat ini antara semua masyarakat, buktikan bahawa kita boleh bersatu hati walau dari latar belakang yang berbeza. Damai dan sejahtera buat semua.

Sumber: Shafizola

Baca juga: Lelaki Terkejut Harga Kerabu Kaki Ayam RM800, Kali Pertama Jumpa Mahal Macam Ni..

tags: | |