Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pergi Kenduri Minta Lauk Pengantin, Gelagat Tetamu Ini Berjaya Hiburkan Orang Ramai

Pergi Kenduri Minta Lauk Pengantin, Gelagat Tetamu Ini Berjaya Hiburkan Orang Ramai

Kategori:
minta lauk pengantin

Sempena meraikan ikatan perkahwinan di antara dua insan, sebuah majlis kenduri akan diadakan dari kedua-dua pihak. Menjemput kenalan, makanan dan minuman turut dihidangkan buat para tetamu bagi memeriahkan lagi majlis.

Menurut adat majlis perkahwinan Melayu pula, makan beradab diadakan untuk kedua mempelai pengantin. Oleh kerana bergelar sebagai Raja dan Permaisuri sehari, makanan dan minuman yang dihidangkan adalah lebih istimewa berbanding yang lain.

Melihat aneka hidangan buat mereka, para tetamu turut berasa teringin untuk menikmatinya. Kalau anda rapat dengan pihak pengantin, mungkin boleh meminta sedikit seperti yang telah dilakukan oleh dua pemuda ini.

Pergi Kenduri Minta Lauk Pengantin, Gelagat Tetamu Ini Berjaya Hiburkan Orang Ramai

Dijemput sebagai tetamu di majlis kenduri perkahwinan, sekumpulan kawan ini menghadirinya bagi melihat kawan rapat mereka berjaya menjinjang ke pelamin bersama pilihan hatinya.

Sambil di sana, mereka turut menikmati beberapa hidangan yang ada. Sambil itu, mereka turut melepak sambil pasangan penggantin sedang makan beradab bersama pihak keluarga masing-masing.  minta lauk pengantin

Melihat lauk udang yang sedang dihidangkan, mereka berasa terliur. Secara senyap, salah seorang dari mereka berpaling ke arah pengantin lelaki dan meminta sedikit untuk dijamah. minta lauk pengantin

Merupakan seorang kawan yang baik, pengantin lelaki itu tidak kedekut untuk memberi seekor udang buat setiap orang kawannya yang meminta. Dua sahabat itu pun kelihatan sangat berpuas hati kerana dapat menjamah makanan pengantin. minta lauk pengantin

@khairulhilmiii

Pergi kenduri bergambar dengan pengantin ❎ Pergi kenduri mintak udang ✅

♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

@khairulhilmiiiPergi kenduri bergambar dengan pengantin ❎ Pergi kenduri mintak udang ✅♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Meninjau di ruangan komen, gelagat tetamu itu membuat orang ramai berasa sangat terhibur. Menurut pengguna ajajas85 yang turut tergelak melihat mereka, pandai pula mereka mengambil kesempatan atas pengantin.

Pandai Minta, Orang Ramai Turut Terhibur minta lauk pengantin

Kalau anda mempunyai kawan-kawan yang akan berkahwin, apa salahnya duduk sekejap dan minta untuk menjamah lauk pengantin sikit? Paling penting kena tahu cara untuk menyorok dan beri isyarat supaya tindakan anda tidak dapat dikesan oleh orang lain.

Kredit: Khairul Hilmi

Baca Juga: “Kan Elok Camni..”- Harga Lauk Sotong Makin Mahal, Tindakan Peniaga Ini Dapat Pujian Orang Ramai

 

tags: | | | | |