Setiap orang memiliki selera dan citarasa yang berbeza-beza. Hendak penuhi selera itu bukannya mudah. Selain memasak sendiri di rumah, kita juga boleh membuat pesanan secara atas talian melalui khidmat penghantaran makanan. Sama ada Grabfood, Foodpanda dan lain-lain.
Pastinya dengan adanya perkhidmatan tersebut, semua benda akan jadi lebih mudah. Pilih sahaja kedai dan menu apa yang diinginkan, nanti abang penghantar makanan akan terus menghantarnya ke rumah anda. Hendak minta apa-apa pun senang sahaja, tulis sahaja nota ketika membuat pesanan.
Seperti mana yang gadis ini lakukan, dia telah menulis nota yang agak panjang kerana mahukan paha ayam. Namun cara dan gelagatnya itu membuatkan ramai orang cair. Tak ramai yang sanggup dan berani tulis nota panjang-panjang semata-mata mahukan paha ayam, namun gadis yang dikenali dengan nama mecarah menerusi aplikasi TikTok ini berani melakukannya.
Di dalam nota tersebut, Mecarah berulang kali menulis perkataan tolong dan mahukan paha ayam sahaja. Juga turut ditulis, dia mengalami senggugut dan masih tidak makan lagi. Kalau tidak dapat apa yang diinginkan dia akan sedih. Turut memberitahu, jika tiada paha, gantikan dengan ayam yang lebih sedap namun jangan bahagian isi.
“Saya nak peha, tolonglah saya lapar ni nak peha, tolongla nak peha tolong tolong tolong saa nak peha. Tolong hmmm saya lapar ni tak makan dari pagi tadi. Saya senggugut ni teringin nak makan peha. Tak kesian ke, tolong lah kalau tak bagi peha saya nangis. Kalau peha habis bagilah yang sedap sikit tapi jangan isi tau tq“.
Malah peniaga berkenaan juga penuhi permintaannya, akhirnya gadis ini dapat apa yang diidamkan iaitu dua ketul paha ayam. Apa yang lebih menarik lagi, peniaga berkenaan juga sempat membalas kembali nota dan meletakkan dalam makanan yang dipesan oleh mecarah. Malah siap selitkan pantun lagi.
@mecarah HAHAHHAHAHA THANKYOU !!!
@mecarahHAHAHHAHAHA THANKYOU !!!♬ original sound – sara
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Selain ramai yang memuji tindakan gadis ini kerana menganggapnya comel ada juga yang meninggalkan komen mahu tiru ayat gadis ini.
“Nak tiru ayat boleh dak HAHAHAH kut ii boleh dapat”, tulis rishnakkinder
Malah ada juga pekerja restoran yang memberikan komen mengatakan kalau dia jumpa pesanan yang macam ni mesti dia akan turutkan. “Aku kje cashier restoran kalau order yg mcm ni msti aku jadi cm aawwww… mesti aku turutkan. Smpai kt aku, ade yg xde, aku suruh kitchen buat!” , tulis moonlight.
Dalam masa yang sama, ada juga yang menulis, kalau buat pesanan atas talian sahaja dia berani buat macam ni. Kalau makan dalam restoran auto pasrah katanya. ” Order online ja sya brani request mcmni. Klau makan dlm restaurant auto pasrah ja”, tulis moon.fy.
Pengajarannya? Kalau mahukan sesuatu, minta lah secara baik. Permintaan tersebut juga tidak boleh melebih-lebih. Kalau tulis dalam keadaan biadap dan marah-marah, peniaga pun malas nak layan dan tunaikan.
Sumber: TikTok mecarah
Baca juga: Atikah Suhaimi Kongsi Resepi Diet Baru, ‘Singgang Mat Salleh’. Ramai Puji Sedap