Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ramai Tertipu Rupanya, Minum Green Tea Tak Membantu Anda Kurus! Ini Sebabnya

Ramai Tertipu Rupanya, Minum Green Tea Tak Membantu Anda Kurus! Ini Sebabnya

Kategori: ,
Minum Green Tea

Betul ke minum green tea boleh bantu turunkan berat badan seseorang? Jom baca penjelasannya oleh pakar pemakanan, Syaza Nutritionist.

GREEN TEA BUKAN SHORTCUT UNTUK KURUS

Saya tengok masih ramai yang confuse terutamanya ahli2 group yang baru. Bila tengok orang post minum ahmad green tea ni boleh kurus, semua pakat beli.

Tapi betul ke green tea ni bagus untuk diet? Tingkat metabolisma? Bantu bakar lebih lemak? Seperti yang digembar gemburkan?

Sebenarnya masih kurang lagi kajian tentang keberkesanan green tea dalam penurunan berat badan.

Antara kajian yang dah dilakukan, menunjukkan bahawa komponen tertentu dalam green tea, termasuk bahan kimia tumbuhan yang dipanggil catechin, boleh mengurangkan berat badan dan menyokong penurunan berat badan. Kandungan caffeine didalamnya juga dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisma badan.

Walau bagaimanapun, kajian ini menggunakan ekstrak teh hijau yang sangat tinggi berbanding dengan apa yang kita minum.

Tetapi hakikatnya jika kita banyak minum air kosong (sekurangnya 2 liter), juga terbukti menurunkan berat badan. Dalam satu kajian selama setahun dijalankan, 173 wanita mendapati bahawa minum lebih banyak air kosong sahaja dapat menurunkan berat badan dan lemak yang lebih banyak, tanpa mengira jenis diet atau senaman.

Kesimpulannya, kesan green tea terhadap penurunan berat badan hanya mempunyai kesan yang kecil dan tidak signifikan. Mengambil green tea terlampau banyak juga (3-6 cawan) sehari boleh menjejaskan penyerapan nutrien kerana kandungan caffeine yang ada.

Green tea dapat mengurangkan stress

Namun jika diambil secara bersederhana, green tea akan dapat membantu mengurangkan stress dan membuatkan kita lebih tenang. Ia juga boleh menambahkan fokus dan tumpuan selain memberi manfaat kepada kesihatan dan mencegah keradangan oleh kerana kandungan antioksida yang tinggi didalamnya.

Kalau betul nak kurus, elakkan minuman manis atau elakkan tambah gula dalam minuman.

“GREEN TEA HARUS DINIKMATI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA DIET BERKHASIAT, BUKANNYA JALAN SHORTCUT”

tags: