Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ore Kelate Pun Tak Boleh..”, Minum Sebotol Budu, Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Pening

“Ore Kelate Pun Tak Boleh..”, Minum Sebotol Budu, Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Pening

Kategori:
MINUM SEBOTOL BUDU

Budu merupakan sos pencicah yang berasal dari negeri Pantai Timur, Kelantan. Enak dinikmati bersama sepinggan nasi putih, ulam-ulaman dan ikan bakar, budu boleh menjadi pelengkap untuk mana-mana hidangan makan tengah hari.

Walaupun baunya agak kurang menyenangkan, ada juga yang sangat menggemarinya. Bagi mereka, jika tiada budu maka hilang selera. Meskipun sedap, budu perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit memandangkan ia agak masin. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi juga disarankan untuk elakkan.

Wanita Ini Minum Sebotol Budu

Terbaru, seorang penggemar budu berkongsi gelagatnya ketika menikmati bekalan nasi putih dan sedikit lauk di rumah. Tidak berselera tanpa budu, wanita tersebut mengambil segenggam nasi untuk dititiskan sedikit budu. MINUM SEBOTOL BUDU

Setelah menyuap nasi itu ke dalam mulutnya, wanita tersebut dengan selambanya minum budu itu sehingga tinggal sedikit sahaja. Sedap dan berselera, nampaknya dia sudah terbiasa berbuat begitu.MINUM SEBOTOL BUDU

https://www.tiktok.com/@it.dalia.yeye/video/7074846511766506779?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@it.dalia.yeye Balas kepada @ry4nx__ ♬ bunyi asal – ig:dalia.ddg

Bila menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut terkejut melihat gelagat wanita itu yang telah minum budu itu dengan selambanya. Tindakan yang luar biasa, malah penggemar budu yang tegar juga tidak berani seperti itu.

Boleh Dia Minum Macam Tu? MINUM SEBOTOL BUDU

Ada juga segelintir individu yang melihat hal itu berasa risau. Ini kerana pengambilan budu yang berlebihan tidak bagus untuk darah tinggi.

Boleh Masuk Hospital Nanti Ni.. MINUM SEBOTOL BUDU

Walaupun menyukainya, janganlah kita pula mengambil budu itu dengan kadar berlebihan. Ini kerana ia akan memberi kesan yang buruk pada kesihatan pada masa akan datang. Sekali-sekala tak mengapa.

Kredit: TikTok it.dalia.yeye

Baca Juga: “Tak Kotor Ke Tu?”, Jumpa Iqram Dinzly Makan Makanan Dari Tong Sampah, Mungkin Ini Sebabnya..

 

tags: |