Penularan wabak Covid-19 telah mengubah banyak perkara. Sebelum virus ini, orang ramai dapat mencari rezeki sampingan dengan menjual makanan dan minuman di Bazar Ramadan. Namun dua tahun lepas, para peniaga tidak dapat melakukan hal itu. Kini dengan kelonggaran yang telah dilaksanakan, mereka dapat mencari sedikit pendapatan seperti dahulu.
Oleh itu, ramai peniaga berlumba-lumba untuk menjual di Bazar Ramadan. Beria untuk mencari rezeki seperti dahulu, sudah tentu mereka berasa sangat seronok. Namun kerana hal itu, ia boleh membuatkan segelintir daripada mereka leka dan tidak melakukan penyediaan yang teliti. Akhir sekali, hal yang tidak diduga boleh berlaku.
Meniaga di Bazar Ramadan setelah sekian lama, seorang peniaga memilih untuk menjual beberapa jenis minuman untuk berbuka puasa. Namun baru sahaja siap menyediakannya dan diletakkan di atas meja yang telah ada, hal yang tidak disangka tiba-tiba sahaja berlaku dan meja itu didapati pecah.
Perkara itu juga telah menyebabkan balang yang digunakan pecah dan minuman didapati tumpah. Tidak dapat diselamatkan, peniaga itu hanya mampu redha dengan perkara yang berlaku dan akur bahawa kejadian itu menjadi kesilapan daripada pihak mereka kerana tidak menyediakan meja yang cukup kuat untuk menampung berat minuman.
Walaupun diuji sebegitu, peniaga itu mengambil hal itu sebagai pengajaran dan tetap gigih untuk meniaga pada hari-hari yang akan datang.
https://www.tiktok.com/@adamhaqim98/video/7082394102704164123?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@adamhaqim98 Chill esok masih ada 😎 #Ramadhan #fyp #fypdongggggggg ♬ Sad Music – Max-Music
Menjengah di ruangan komen pula video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai tampil dengan nasihat agar peniaga itu lebih berhati-hati dan tidak leka. Tambahan pula, mereka juga memberi kata-kata semangat agar dia terus sabar dan tabah ketika diuji sebegitu.
Mana-mana orang akan kecewa dan putus semangat apabila diuji sebegitu rupa. Namun mengambil kejadian ini sebagai pengajaran pada masa akan datang dan masih lagi ingin meniaga pada waktu akan datang, semangat dan kecekalan peniaga itu mendapat pujian.
Semoga ada rezeki buat dirinya dan peniaga lain di bulan Ramadan yang sangat mulia ini.
Kredit: adamhaqim98
Baca Juga: Kehabisan Coleslaw, Pihak KFC Cuba Gantikan Dengan Menu ‘Baru’ Ini Pula. Ramai Tampil Kecewa