Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Minum Setiap Pagi, Minuman Ini Mampu Kempiskan Perut Dan Tegangkan Kulit Anda! Ini Resepinya

Minum Setiap Pagi, Minuman Ini Mampu Kempiskan Perut Dan Tegangkan Kulit Anda! Ini Resepinya

Kategori: ,
minuman kempiskan perut

Kecantikan dan wanita adalah satu benda yang tak boleh di pisahkan. Bagi wanita cantik itu apabila memiliki tubuh badan yang langsing, perut yang tidak buncit dan kulit yang tegang. Pelbagai perkara yang telah di lakukan oleh wanita di luar sana. Minum jamu atau herba. Mencucuk vitamin, cucuk sana sini dan sebagainya.

Tapi dengan melakukan perkara tersebut ianya hanya menjejaskan kesihatan anda untuk masa akan datang. Jadi apa yang penting adalah cantik dan sihat. Kalau cantik sahaja tetapi apabila dah tua nanti merana, tiada guna juga. Jadi apa kata kita amalkan minuman yang menyihatkan dan mencantikkan. Ini ada minuman yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman facebook, di mana minuman ini mampu kempiskan perut dan menegangkan kulit. Ia adalah minuman yang berkhasiat kerana terdiri daripada buahan dan sayuran sahaja.

Petua Minuman Untuk Kempiskan Perut Dan Cantikkan Kulit

BAHAN-BAHAN:

  • 1 gelas coconut milk
  • 3 batang saderi
  • 1 biji epal

CARA PENYEDIAAN:

  1. Blend semua dan minum sekali dengan seratnya. Jangan tapis tau. Banyak khasiat tu. Minum setiap pagi masa perut kosong.

P/s: 

  • Minuman ini baik untuk kesihatan usus, malah bantu rendahkan kolestrol dalam badan tau. Jangan pelik perut kempis nanti.
  • Kalau pilih batang saderi yang tebal, kandungan air lebih tinggi iaitu sehingga 95%. Minum jus ni konsisten boleh menghidratkan badan termasuk kulit. Cukup hydration khasiat dari dalam akan buat skin licin dan lembab. Garis tua pun lambat sikit timbul

Mudah sahaja kan nak buat minuman untuk kempiskan perut dan dalam masa yang sama cantikkan kulit. Selain itu, banyak lagi khasiatnya yang tersendiri. Mungkin anda boleh cuba sendiri di rumah ya.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Hazwani Mnor Via MAHN

tags: |