Ada sejenis minuman simple dan menggunakan bahan yang mudah untuk mengurangkan dan menghilangkan badan yang berangin.

Jika korang pernah rasa badan korang lenguh-lenguh, sengal-sengal, nak sendawa tapi tak lepas, Kaki rasa tak selesa, ibu2 mengandung yang tak sedap badan- Itu tandanya badan banyak angin dan tak elok ya.

Berikut adalah kesan kesan badan berangin:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.

• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.

• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.

• Selalu menguap/mudah mengantuk.

• Sukar bernafas/nafas pendek.

• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

CARA MINUMAN DIA SENANG SANGAT

Bahan-bahan :

?susu kotak ( brand apa pun boleh ) – nak guna susu pekat tin pun boleh.

?halia ( besar ibu jari ) lebih kurang

3-4cm.

-halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nak kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa2 pun tapi tetap berkesan.

Cara membuatnya:

1. Hiris halia nipis-nipis, reneh bersama susu sampai susu mendidih dengan api perlahan .

2. Sedia untuk diminum .

seeloknye minum ketika susu masih suam .

Kesan serta merta: Tiba2 korang sendawa dan kentut non stop .

BOLEH DI MINUM OLEH :

✔lelaki dan wanita

✔ibu mengandung

✔ibu menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak . cukup 2-3 cm je

Boleh minum bila-bila masa .

pagi boleh malam boleh.

seminggu 2-3 kali pun ok.

Kredit: Jannah Halimatun

(This post has been visited 1 times!)