Setiap hari dalam bulan Ramadan, waktu berbuka puasa adalah waktu yang sangat dinantikan dengan penuh kegembiraan.
Berbuka puasa tidak hanya tentang makan juadah, malah ia juga membawa kebahagiaan dan dapat mengeratkan hubungan antara keluarga mahupun sahabat di meja makan saat menikmati hidangan bersama-sama.
Di saat-saat seperti ini, kita tidak hanya menikmati makanan yang lazat tetapi juga saling bertukar cerita dan pengalaman sepanjang hari berpuasa.
Suasana yang dipenuhi tawa dan kehangatan persahabatan membuat setiap sajian terasa lebih bermakna.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Nas, dia mengunjungi rumah rakannya Nahim yang merupakan seorang warga Bangladesh.
Berdasarkan siaran di laman Tiktok milik kawannahim. Dia dijemput untuk buka puasa di rumah rakannya itu.
Oleh hal demikian, dia amat gembira kerana dapat meluangkan masa dan menikmati juadah berbuka bersama.
Nas yang ikhlas dalam berkawan walaupun berlainan negara itu selalu memuji masakan rakannya yang enak lagi menyelerakan membuatkan Nahim gembira.
@kawannahim Bila kawan Bangladesh kau ajak berbuka puasa di rumahnya #ramadhan2024
@kawannahim Bila kawan Bangladesh kau ajak berbuka puasa di rumahnya #ramadhan2024 ♬ Ramadan – Lux-Inspira
Menurut komen netizen, ramai yang menyatakan masakan Nahim nampak menyelerakan dan ada juga yang minta resipi.
“makanan diorang memang bst! penuh rasa rermpah”
“ejas resipi daging bhuna skali bang. mintak kt nahim tu”
Berdasarkan kisah ini, ia mengisahkan tentang sahabat. Walaupun berlainan negara dan juga berbeza warna kulit namun semangat persahabatan yang ditunjukkan oleh mereka dapat membuka mata ramai dan patut dicontohi.
Sumber: kawannahim
Baca Juga: Resipi Daging Malbari Untuk Raya Nanti, Rasa Kelainan Dari Masak Cara Biasa, Pekat Dan Sedap!