Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Daging Malbari Untuk Raya Nanti, Rasa Kelainan Dari Masak Cara Biasa, Pekat Dan Sedap!

Resipi Daging Malbari Untuk Raya Nanti, Rasa Kelainan Dari Masak Cara Biasa, Pekat Dan Sedap!

Kategori: ,
daging malbari

Korang bosan dengan masakan daging yang biasa-biasa? Jom kita buat masakan daging malbari yang sedap dan pekat ini pula untuk dihidangkan bersama nasi.

Perkongsian daripada Saba Natasha ini memang sudah terbukti sedap bagi orang yang sudah mencubanya.

Resipi Daging Malbari Untuk Raya, Rasa Kelainan Dari Masak Cara Biasa, Pekat Dan Sedap!

Bahan-Bahan Kisar:

  • kayu manis – 1 batang kecil
  • bunga lawang – 3 kuntum
  • bunga cengkih – 5 kuntum
  • rempah biji ketumbar – 3 sudu besar
  • jintan putih – 1 sudu besar
  • jintan manis – 2 sudu besar
  • cabai kering – segenggam
  • bawang merah – 5 ulas
  • bawang putih – 5 ulas
  • bawang besar – 2 biji
  • halia – 2 inci

Bahan-Bahan Lain:

  • daging – sekilo potong kecil
  • kicap manis kipas udang – 1/2 botol  (botol kecil)
  • kerisik 3 bungkus
  • gula merah – seringgit (masak dengan sedikit air tapis)

Cara Penyediaan:

  1. Semua bahan kisar goreng tanpa minyak sehingga wangi – api perlahan. kemudian kisar semua bahan ini.
  2. Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi – api perlahan, kisar semua bahan ini.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 – 2 jam.
  4. Setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yang perap tadi. Masukkan sedikit air.
  5. Masak sehingga daging lembut. Tambahkan lagi air untuk lembutkan daging. Bila daging lembut, masukkan kerisik, garam, gula dan air gula.
  6. Masak sehingga kuah pekat berpalut di daging.

daging malbari daging malbari daging malbari

Siap sudah daging malbari kita. Tengok sahaja kepekatan kuahnya, pasti sedap kan? Kalau korang yang belum tahu rasa dia macam mana, jom try resepi ni dekat rumah. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba dan menikmati resepi daging malbari ini!

Sumber: Saba Natasha

Baca juga: “Jadi Teringat Masakan Ibu..”, Wanita Ini Kongsi Resepi Terung Bakar Sambal Asam, Makan Sambil Terkenang Memori Lama

tags: | |