Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » “Jadi Teringat Masakan Ibu..”, Wanita Ini Kongsi Resipi Terung Bakar Sambal Asam, Makan Sambil Terkenang Memori Lama

“Jadi Teringat Masakan Ibu..”, Wanita Ini Kongsi Resipi Terung Bakar Sambal Asam, Makan Sambil Terkenang Memori Lama

Kategori: ,,
terung bakar asam sambal

Bagi yang tinggal di bandar, pasti agak susah nak cari masakan kampung yang memang ori dan dimasak macam dulu-dulu kan? Untuk perkongsian kali ini, kami ingin memadamkan kerinduan korang dengan satu masakan orang zaman dulu-dulu.

Korang pernah makan tak, menu terung bakar sambal asam? Memang sedap dimakan bersama nasi panas-panas dan sambal belacan. Siapa yang suka ulaman boleh lah cuba. Perkongsian resepi ini dikongsi oleh Mawardi di media sosial.

Katanya, ini resepi turun temurun ibunya. Jom kita cuba!

“Jadi Teringat Masakan Ibu..”, Wanita Ini Kongsi Resipi Terung Bakar Sambal Asam, Makan Sambil Terkenang Memori Lama

terung bakar asam sambal

Bahan-Bahan Terung:

  • 3 biji terung
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • 1 sudu minyak zaitun

Bahan-Bahan Sambal Asam:

  • 1 biji tomato potong dadu
  • 5 biji cili api hijau atau merah (mengikut kesukaan)
  • 1 sudu cili boh
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 sudu air asam jawa
  • 1 biji bawang besar potong bulat-bulat
  • sedikit sos cili
  • sedikit garam
  • 2 sudu gula

Cara Penyediaan:

  1. Terung dibersihkan. Bellah dua dan perapkan dengann serbuk lada hitam, garam dan minyak zaitun. Biarkan dalam 10 minit.
  2. Blend cili api, cili boh, bawang putih, bawang merah dan tomato.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend, masukkan sos cili, bawang besar dan garam serta gula. Akhir sekali masukkan air asam jawa.
  4. Kalau nak pekat biarkan lama sikit. Okay dah siap sambal asam.
  5. Terung grilkan je atas non stick pan, senang! Macam gambar dekat bawah. Gril la setakat mana kita mahu. Tapi jangan la jadi hitam macam arang pula.

terung bakar asam sambalterung bakar asam sambal

Sudah siap kita punya terung bakar sambal asam! Bolehlah sediakan nasi panas dengan teh o atau kopi o. Lepastu goreng ayam sedikit. Pasang pula lagu Ahmad Jaiz, memang menggamit memori kampung betul!

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Mawardi

Baca juga: Resepi Blueberry Cheese Bun, Tekstur Lembut Di Luar Dan Cair Di Dalam

tags: | |