Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mudah Je Nak Buat Cheese Tart Buah-Buahan Ni, Tengok Pun Dah Terliur!

Mudah Je Nak Buat Cheese Tart Buah-Buahan Ni, Tengok Pun Dah Terliur!

Kategori:
Cheese Tart Buah

Dah bosan makan cheese tart yang kosong je tanpa topping? Kali ini jom cuba buat cheese tart buah-buahan pula. Guna buah-buahan segar lagi sedap rasanya, sesuai sangat gabungan cheese dan buah. Memang wajib cuba buat ni!

Cheese Tart Buah-Buahan

Bahan-bahan untuk tart shell:

  • 100g mentega (salted)
  • 60g gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 200g tepung gandum

Cara-cara:

  1. Putar mentega dengan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga menjadi doh.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan untuk membentuk tart. Kemudian cucuk dengan garfu untuk mengeluarkan udara.
  5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga sedikit keperangan.

Bahan untuk inti cheese:

  • 500g cream cheese (cheese dikeluarkan dari peti ais 15 minit awal)
  • 30g butter
  • 100g gula aising
  • 1 biji telur gred A (kocok perlahan dahulu)
  • 20g non dairy whipping cream (optional)
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara:

  1. Satukan cheese, butter dan gula aising dan putar sehingga lembut dan gebu.
  2. Masukkan telur *yang dah dikocok tadi, masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu (anggaran 3 sudu besar sahaja, jangan lebih)
  3. Kemudian putar sekejap.
  4. Jika adunan pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan lembut tak perlu letak whipping cream.
  5. Jika masukkan whipping cream, jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula sahaja. (whipping cream tak perlu putar)
  6. Susun shell tart dalam tray, letakkan filling(terpulang nak letak blueberry, strawberry dll) di tengah.
  7. Masukkan inti cheese dalam piping bag, gunting hujung sama besar dengan lubang shell.
  8. Letakkan cheese dengan memegang piping bag secara menegak.
  9. Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung, kalau nak lagi buncit, letak lagi tinggi dan penuh.
  10. Bakar selama 10-15 minit api atas bawah pada suhu 170 C.
  11. Letakkan hiasan mengikut cita rasa masing-masing.

Kredit: Suhaiza Sue, Norazlitaaziz

tags: