Pasti ramai belum pernah mendengar biskut Belgium Callabout Cookies kan? Sekali cuba, pasti nak lagi. Kunyah-kunyah sampai tak sedar sudah tinggal separuh bekas sebab sangat sedap!
Boleh masuk list biskut raya yang mahu dibuat untuk Hari Raya nanti. Sesuai juga dimakan pada bila-bila masa. Lihat resipi lengkap di bawah.
Resipi Belgium Callabout Cookies
Bahan-bahan:
-
Tartura butter 250g
-
Gula perang 250g
- Sebiji telur
- Sebiji kuning telur
- Esen vanila 1sdk
-
Tepung biskut 400g
-
Baking soda 1sdk
- Callabout chip 400g
Cara penyediaan:
- Pukul butter dan gula perang sehingga sebati.
- Masukkan sebiji telur dan sebiji kuning telur bersama esen vanilla. Kacau sebati.
- Ayakkan tepung bsikut dan baking soda. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Masukkan juga callabout chip. Kacau sebati menggunakan senduk sahaja.
- Bila semua bahan sudah sebati, rehatkan seketika dalam setengah jam.
- Kemudian, cubit sedikit adunan dan susun atas loyang. Bakar pada suhu 140 celcius selama setengah jam bergantung pada oven masing-masing.
- Selamat mencuba!
Kredit: Asma Wati