Kalau anda peminat makanan Korea, sudah pasti anda sudah kenal dengan hidangan Jajangmyeon. Tapi tahukah anda, sajian tersebut mempunyai muzium tersendiri iaitu Muzium Jajangmyeon di Chinatown, Seonlin-dong, Jung-gu, Korea Selatan di mana sajian tersebut dilahirkan.
Jajangmyeon merupakan antara sajian yang terkenal dari Korea. Kalau Malaysia sudah femes dengan Mee Goreng, maka sajian mee yang paling femes di Korea adalah Jajangmyeon.
Secara kesimpulannya, jajangmyeon atau mi sos kacang hitam Korea merupakan hidangan mi yang ditambah sos yang diperbuat daripada pes kacang soya hitam, daging dan sayuran. Jajang bermaksud “sos digoreng”, manakala myeon pula bermaksud “mi”.
(Jajangmyeon)
Sekarang dah kenal dengan Jajangmyeon, bila anda ke Korea Selatan, anda wajib kunjungi Muzium Jajangmyeon di Chinatown, Seonlin-dong, Jung-gu.
Muzium Jajangmyeon ini dibuka pada 28 April, 2021. Ianya dibuka untuk pengunjung mengenali kehidupan penduduk pada zaman pembukaan pelabuhan Icheon. Selain itu, mereka juga boleh mengenali asal usul dan bahan-bahan asli jajangmyeon.
Muzium ini dibina di atas tempat yang bersejarah iaitu bangunan Gonghawchun, sebuah restoran Cina yang menghasilkan Jajangmyeon yang pertama pada tahun 1905.
Jangan kata makanan pun tak ada sejarahnya tersendiri tau. Nanti bila kita boleh travel, wajib untuk anda kunjungi Muzium Jajangmyeon bila ke Korea Selatan.
Jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan anda yang minat dengan Jajangmyeon atau ingin ke Korea Selatan nanti!
Kredit: Trazy
Baca Juga: Teringin Nak Makan Jjajangmyeon? Ini Dia Cara Mudah Membuatnya