Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » MyNews Bakal Bawa Masuk ‘CU’, Kedai Serbaneka Popular Korea Selatan Ke Malaysia

MyNews Bakal Bawa Masuk ‘CU’, Kedai Serbaneka Popular Korea Selatan Ke Malaysia

Kategori:
CU Convenience Store

MyNews Holdings Bhd kini sedang merancang untuk membawa jenama kedai serbaneka popular di Korea Selatan iaitu CU ke pasaran Malaysia. Pengendali kedai serbaneka itu mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, MYCU Retail Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian selama 10 tahun bersama BFC Retail yang merupakan pemilik jenama kedai serbaneka itu.

500 kedai serbaneka CU dari Korea Selatan akan dibuka di Malaysia

CU memiliki lebih 15, 000 kedai di Korea Selatan dan dijangka pembukaan di Malaysia akan meningkatkan lagi angka francais jenama tersebut. Menurut Pengawai Eksekutif MyNews (CE0), Dang Tai Luk, syarikat itu akan membuka 500 CU Store dalam tempoh lima tahun dan dijangka premis pertama di Malaysia akan dibuka pada awal tahun 2021.

 

 

tags: