Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Nasi Ambeng Makanan Warisan Negeri Selangor, Kini Diisytihar & Diwartakan Oleh Negeri Itu

Cik Daun by Cik Daun
November 29, 2022
in Berita
2 min read
0 0
0
Nasi Ambeng makanan warisan negeri Selangor
0
SHARES
21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Nasi Ambeng kini diisytiharkan dan diwartakan sebagai Makanan Warisan Negeri Selangor.

BacaJuga

JUAL NASI AMBENG

Tak Takut Rugi, Peniaga Nekad Jual Nasi Ambeng Dengan Harga RM6 Sahaja Walaupun Harga Barang Makin Naik

September 16, 2022
26
warga itali

Bawa Hidangan Malaysia Ke Itali, Lelaki Ini Kenalkan Warga Tempatan Kepada Masakan Malaysia

Februari 21, 2022
3

Tujuan pewartaan berkenaan adalah bagi memberi ketetapan untuk ciri-ciri elemen nasi ambeng yang asli dan berasal dari Selangor.

Pengisytiharan makanan warisan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang ingin memartabatkan dan memastikan kelestarian nasi ambeng sebagai salah satu makanan warisan yang terdapat di Selangor.

Nasi Ambeng Makanan Warisan Negeri Selangor, Kini Diisytihar & Diwartakan Oleh Negeri Itu

Nasi Ambeng makanan warisan negeri Selangor

“Proses bagi pewartaan nasi ambeng telah bermula semenjak tahun 2021 dan dimulakan dengan kajian sumber bertulis dan kajian lapangan. Kemudian disusuli dengan Bengkel Meja Bulat yang dihadiri oleh para pengusaha nasi ambeng dari lima daerah yang popular. Ia adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Hasil daripada perbincangan tersebut telah memberikan satu kata putus bagi menghasilkan ciri-ciri Nasi Ambeng Selangor yang kemudian diwartakan sebagai Makanan Warisan Selangor,” jelas Amirudin menceritakan Nasi Ambeng makanan warisan negeri Selangor.

Ia ketika mengisytiharkan secara maya Nasi Ambeng sebagai makanan warisan Selangor di Sepang pada Sabtu malam.

Nasi Ambeng makanan warisan negeri Selangor

Nasi Ambeng adalah makanan tradisional masyarakat Jawa yang kebiasaannya dihidangkan ketika kenduri seperti tahlil dan doa selamat.

Isinya terdiri daripada nasi putih yang dihidangkan bersama dengan lauk seperti ayam, sambal goreng Jawa, serunding kelapa dan mi goreng.

Juadah Dihidangkan Dalam Talam & Dikongsikan Bersama Empat Hingga Enam Orang Tetamu

Nasi Ambeng makanan warisan negeri Selangor

Mengikut tradisi masyarakat Jawa, ketua keluarga yang menghadiri majlis tersebut akan menjamah sedikit nasi berkenaan. Ia sebelum ia dibahagikan dan dibawa pulang sebagai berkat kepada ahli keluarga di rumah.

Keunikan cara nasi ambeng dihidangkan ini menjadikannya menu tradisi yang bukan hanya enak malah mempunyai nilai falsafah yang tersendiri seperti kesepakatan dan perpaduan antara ahli masyarakat.

Nasi Ambeng Ada Nilai Falsafah, Kesepakatan & Perpaduan

Nasi Ambeng makanan warisan negeri Selangor

Bagi ciri-ciri Nasi Ambeng makanan warisan negeri Selangor, ia perlulah mengandungi nasi putih, ayam masak semur, mi goreng, ikan masin, serunding kelapa, sambal goreng dan rempeyek.

Susulan pengisytiharan Nasi Ambeng makanan warisan negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) menganjurkan Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022.

Nasi Ambeng makanan warisan negeri Selangor

Ia merupakan suatu program kebudayaan dan kemasyarakatan. Ini bagi mewujudkan kesedaran berkenaan kepentingan nasi ambeng sebagai juadah tradisional daripada sudut budaya serta identiti bangsa di Selangor.

Sebanyak 2,022 dulang Nasi Ambeng dihidangkan secara percuma. Ia juga sekali gus mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records sebagai hidangan nasi ambeng terbesar di Malaysia.

Download Premium WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
udemy paid course free download
download samsung firmware
Tags: makanan malaysianasi ambengNasi Ambeng makanan warisan negeri Selangor
ShareTweetSend

Related Posts

Pembakar-Roti
Berita

Tak Cukup Duit Untuk Beli Pembakar Roti, Akhirnya Pelajar Ini Terpaksa ‘Kreatif’ & Guna Cara Lain

Januari 27, 2023
7
straw kecil
Berita

Pelanggan Tak Puas Hati Dapat Straw Kecil Bila Pesan Air Special, Akhirnya Peniaga Ini Beri..

Januari 27, 2023
0
Mat Salleh Australia
Berita

Reaksi Mat Salleh Australia Makan Burger Ramly Tepi Jalan Tarik Perhatian Netizen, Bagi Rating Yang Tinggi Sangat!

Januari 27, 2023
148
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist