Pelbagai jenis santapan yang dihidangkan oleh tuan rumah untuk tetamu atau jemputannya dan banyak juga keunikannya juga untuk melambangkan adat mereka.
Hidangan semasa kenduri juga tak kurang juga dengan pelbagai makanan yang dihidangkan. Kalau kita pergi ke kenduri kampung, kebiasaanya orang kampung yang memasak sendiri. Antara salah satu yang paling sedap dimasak orang kampung adalah Nasi Apollo.
Pak Cik misai ini mendapat raih perhatian daripada netizen, melalu perkongsian video TikTok di akaun shekedudu. Beliau menunjukkan cara memasak nasi apollo, kebiasaan nasi ini ada di belah utara.
Nasi Apollo ini dimasak sebegini rupa kerana tidak mahu kerak nasi ada untuk dijamukan kepada tetamu. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi keras dan sedap dimakan dengan lauk kenduri.
Mungkin kita yang berada di negeri lain, agak pelik dengan cara pak cik ini memasak nasi dengan cara ini. Kebiasaannya orang belah utara mungkin mementingkan cara hidangan yang betul untuk disajikan kepada tetamu.
Nasi apollo ini nasi yang dikukus akan tidak mempunyai kerak dan di sediakan di dalam bekas aluminium yang agak besar sebesar tong air dan ianya berbentuk seakan roket.
Mungkin kerana berbentuk seperti roket inilah yang dipanggil Nasi Apollo kerana dihujungnya digantung dengan tali yang diikat di palang di atasnya.
Apabila nasi sudah masak, mereka akan tarik tapi tersebut, dikatakan 3-4 orang diperlukan untuk mengangkat naik penutup tersebut. Jadi bagaimana nak tahu nasi tersebut telah masak?
Mereka akan letakkan kain basah pada sekeliling periuk tersebut, dan jika kain tersebut sudah kering bermaksud nasi apollo tersebut telah masak. Menarik bukan?
@shekedudu #nasikenduri #kampungstyle #perlis ♬ suara asli – STORY_A58 – ANESFORE👾
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen yang tidak tahu bahawa nasi apollo ini wujud sebenarnya. Mereka hanya tahu nasi kukus sahaja.
“Sedap nasi ni.”, komen netizen bernama Kent Chua.
“Nasi hempok”, gurau netizen Awang Batie Lampung di bawah video ini.
Jika kita banyak membuat research dengan keunikan di negeri lain, akan banyak benda baru yang kita belajar tentang adat masing-masing.
Diharap perkongsian ini, dapat memberi serba sedikit pengetahuan baru kepada anda.
Kredit: shekedudu
Baca Juga: Cara Tepat Masak Nasi Untuk Portion Kecil, Barulah Tak Berkerak & Membazir