Kali ini kita lihat satu resepi istimewa iaitu Resepi Nasi Ayam Legend. Ada juga yang gunakan resepi ini untuk berniaga.

Prosesnya ada 5 bahagian iaitu penyediaan air rebusan ayam dan perapan, penyediaan nasi, penyedia sos dan kicap, penyediaan sup, penyediaan ayam goreng madu dan yang akhir sekali adalah penyediaan sayur-sayuran.

Hidangan nasi ayam legend ini adalah anggaran untuk 1 ekor ayam.

Bahan perap :

  • 2 sudu besar sos tiram
  • Bahan tumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair

Bahan untuk nasi ayam :

  • 1/2 senduk mentega
  • 1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang serai
  • 3 cawan beras
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan untuk sos :

  • 6-8 biji cili merah
  • 6 biji cili api
  • Bahan tumbuk halus
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit air rebusan ayam

Bahan untuk kicap :

  • Air lebihan perapan ayam
  • 1 mangkuk kecil kicap manis
  • Sedikit air rebusan ayam

Bahan untuk sup :

  • Lebihan air rebusan ayam
  • Tulang ayam (jika suka)
  • Karot
  • Kentang
  • 1 biji bawang besar yg dikisar
  • 1 sup bunjut
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Garam
  • Gula
  • Daun sup
  • Daun bawang

Bahan bahan untuk goreng ayam :

  • Minyak untuk menggoreng
  • Ayam yang diperap
  • Sedikit madu

Bahan-bahan untuk hiasan :

  • Tomato
  • Timun
  • Salad
  • Daun sup
  • Daun bawang

Cara-cara menyediakan ayam :

  • Tumbuk bwang putih dan halia dan bahagikan kepada 4 bahagian.
  • Lumurkan 1 bahagian pada ayam.
  • Panaskan air dan rebus ayam tadi bersama kiub ayam.
  • Campurkan 1 bahagian bahan tumbuk tadi bersama sos tiram, kicap manis dan kicap cair.
  • Lumur pada ayam yang telah direbus tadi.
  • Perap ayam seketika.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keperangan.
  • Sapukan madu pada ayam yang telah siap digoreng.

Cara-cara menyediakan nasi :

  • Panaskan mentega dan masukkan bahan rempah tumis bersama bahan tumbuk, daun pandan dan serai.
  • Masukkan beras yang telah dibasuh dan kacau hingga sekata.
  • Masukkan air rebusan ayam, serbuk kunyit, sedikit garam dan masak nasi sehingga masak.

Cara-cara menyediakan sos :

  • Hiriskan cili merah dan cili api.
  • Kisar hirisan tadi bersama bahan tumbuk, air rebusan ayam, cuka beserta garam dan gula.
  • Masak seketika supaya sos tahan lebih lama.

Cara-cara menyediakan kuah kicap :

  • Masukkan air perapan ayam, kicap manis, air rebusan ayam dan sedikit ayam.
  • Masak sehingga mendidih.

Cara-cara menyediakan sup :

  • Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut, karot, bawang besar yang dikisar.
  • Masakkan sehingga mendidih.

Mmmmmmmm, sedapnya!!!

Video ini sebagai panduan untuk anda, selamat mencuba !!!
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 12 times!)