Nasi ayam penyet memang telah menjadi kegemaran ramai orang. Lagi-lagi kalau sambal dia tu menjadi, memang padu! Kebiasaannya, kita asyik makan kat kedai je sebelum ni bukan? Jadi apa kata sempena musim PKP ni, jom cuba buat sendiri je kat rumah. Dengan menggunakan resepi ini memang sangat mudah!
Jom ikuti perkongsian daripada Puan Jida Jat ini. Semoga bermanfaat.
Nasi Ayam Penyet Homemade
Bahan-bahan sambal:
- Bawang Besar – 1 Labu
- Bawang Putih – 3 Ulas
- Cabai Merah – 4 Biji
- Cabai Melaka Hijau – 20 biji
- Tomato – 3 Biji
- Belacan Sikit (Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh)
Cara-cara:
- Goreng semua bahan sambal. Bila dah layu, toskan.
- Kemudian, blender atau tumbukkan semua bahan, masukkan juga perasa sesedap rasa.
Bahan Ayam Goreng:
- Tepung Gandum 4Sudu
- Tepung Jagung 4 Sudu
- Kunyit
- Rempah Kari Daging
- Sedikit perasa
Cara-cara:
- Gaulkan ayam tadi dan goreng.
Bahan tempe:
Gorengkan sahaja tempe yang dibeli di kedai.
Bahan-bahan ulam:
- Salad
- Kacang Panjang
- Timun
Kredit: Puan Jida Jat
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker, Tanpa Perlu Rendam Pun Jadi!